Monday 14 April 2014

PERLAKSANAAN HUDUD DI BRUNEI LANGGAR UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA ???!!!


PEJABAT Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia (OHCHR) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengkritik keputusan Brunei yang mahu melaksanakan hukum hudud di negara itu, lapor AFP.

Jurucakap OHCHR, Rupert Colvile (gambar) berkata, pihaknya prihatin dengan keputusan Brunei dalam pelaksanaan hukum hudud yang memperuntukkan hukuman mati bagi beberapa kesalahan.

Beliau memberitahu pemberita, kesalahan-kesalahan ini termasuk rogol, zina, liwat, hubungan seks luar nikah untuk orang Islam termasuk jenayah lain seperti rompakan dan pembunuhan.

Beliau turut menyentuh kesalahan lain seperti menghina Nabi Muhammad SAW, al-Quran dan hadis boleh dijatuhi hukuman mati.

“Pelaksanaan hukuman mati bagi pelbagai kesalahan ini melanggar undang-undang antarabangsa,” katanya.

Tekannya, melalui undang-undang antarabangsa, hukuman rejam hingga mati diklasifikasikan sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan bermaksud ia diharamkan di bawah perjanjian hak asasi manusia.

Sejak 1957, Brunei tidak melaksanakan hukuman mati.

Oktober tahun lalu, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memperkenalkan hukuman hudud, termasuk merejam sampai mati mereka yang didapati bersalah kerana berzina.

Akta baru undang-undang syariah itu dikatakan telah dikaji selama bertahun-tahun.


*** Kenapa barat suka masuk campur hal ehwal negara Islam ???

1 comment:

Unknown said...

sibuk bebnar yahudi ni lh.!prgi lantaklh undag2 antrabngsa tu weii..!