Thursday, 24 April 2014

LAWATAN KE MALAYSIA : 'ADIK KEMBAR' OBAMA TIDAK TAHU APA NAK DIPERKATAKAN APABILA MEREKA BERJUMPA !!!


MEMPUNYAI wajah seiras dengan orang terkenal dunia memang sangat mengujakan. 

SUBANG JAYA – Iman Ishak, 25, adalah seorang peguam. Perawakannya berbeza dan jelas. Orang di sekelilingnya sering berbisik sehingga pada suatu hari seorang lagi yang berdiri di depannya menjerit ‘BARACK OBAMA!’.

Iman mempunyai wajah mirip Presiden Amerika Syarikat (AS) itu.

Dia yang juga seorang DJ menyuarakan rasa kecewa terhadap renungan orang di sekelilingnya tetapi mendapat perhatian yang menggalakkan dan menyeronokkan terutamanya dari rakan-rakan.

“Saya menyedari saya mirip Obama yang bertanding pada pilihan raya 2008. Seorang pensyarah bahasa Inggeris yang sedang membaca artikel menoleh kepada saya dan berkata saya kelihatan seperti Obama,” kata Iman.

Walaupun Iman tidak melihat persamaan di antara mereka, rakan-rakannya memberitahu senyuman, telinga dan gaya yang bersahaja, menyebabkan dia disamakan dengan Obama.

Iman mengimbau kembali kenangan ketika dia bersama keluarga berkunjung ke Madame Tussauds di London yang menempatkan patung lilin Obama.

Ramai pengunjung memandangnya tidak berkelip apabila dia berdiri di sebelah patung itu, terkejut dengan persamaan mereka.

“Saya sentiasa dengar orang berbisik atau menoleh ke arah saya semasa berada di sana. Saya tidak terlalu memberikan perhatian dan pada satu ketika anda sudah lali dengannya. Adakalanya, apabila saya menyedari ada orang merenung saya, saya akan berjalan kepada mereka dan berkata hey,” katanya

Iman pernah ditugaskan untuk membawa kumpulan hip hop popular, Wu-Tang Clan yang berkunjung ke Malaysia untuk mengelilingi negara ini.

Selepas beberapa kali memandang gambar Iman, salah seorang ahlinya, Raekwon berkata ‘Siapa lelaki yang mirip Obama ini?’.

Iman mengetahui lawatan ‘kembarnya’ ke Malaysia menerusi rakan-rakan dan ahli keluarga yang mencadangkan peluang mereka untuk bertemu antara satu sama lain.

Namun, Iman berkata, dia tidak tahu apa yang ingin diperkatakan kepada Obama sekiranya mereka bertemu. - mStar Online

No comments: