Tuesday, 15 April 2014

KEJAM !!! IBU BUNUH ANAK SENDIRI, POLIS TEMUI 7 MAYAT BAYI DALAM KOTAK DI DALAM RUMAH


WASHINGTON 14 April 2014 : 

Polis telah menemui tujuh mayat bayi yang dipercayai meninggal dunia dalam tempoh 10 tahun di dalam rumah ibu mereka di Utah, Amerika Syarikat, semalam.
 
Seorang wanita yang dikenali dengan nama Megan Huntsman, 39, telah ditahan untuk disoal siasat berhubung penemuan mengemparkan itu.
 
Sebelum itu, anggota-anggota polis dari Jabatan Polis Pleasant Grove telah menerima tip tentang mayat-mayat tersebut pada Sabtu.
 
Selepas menerima waran geledah, pihak polis telah menemui tujuh mayat bayi yang dibungkus dalam kotak yang berasingan di dalam rumah tersebut.
 
Polis mengesyaki yang Huntsman telah melahirkan kesemua bayi tersebut dalam tempoh 10 tahun dan kemudian membunuh mereka.
 
Adalah difahamkan yang bekas suami Huntsman bertanggungjawab menghubungi pihak polis dan dia juga adalah bapa kepada kesemua kanak-kanak tersebut.
 
Tiga lagi anak Huntsman masih bermastautin di rumah tersebut yang dimiliki oleh keluarga bekas suaminya.
 
Kesemua tiga anak mereka yang masih hidup berusia 13, 18 dan 20 tahun.

*** Kenapa bayi-bayi tu dibunuh???

No comments: