Tuesday 25 March 2014

SAIFUDDIN NASUTION DILARANG MASUK KE SARAWAK !!!

Rakyat News

KUALA LUMPUR 25 Mac - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail dilarang memasuki Sarawak yang ingin membantu calon PKR dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Balingian.
Pengarah Komunikasi PRK, Fahmi Fadzil berkata, Saifuddin Nasution telah dimaklumkan oleh pegawai bertugas untuk menyekat beliau dari memasuki negeri Sarawak.

"Beliau tiba di Sibu dengan penerbangan MH2712 pada jam 11 pagi tadi untuk membantu calon PKR dalam kempen PRK Balingian. 

"“Namun sejurus tiba di Sibu pagi ini, beliau telah dimaklumkan pegawai yang bertugas bahawa satu arahan telah dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sarawak pada 22hb Mac 2014 untuk menyekat beliau dari memasuki negeri Sarawak,” katanya dalam satu kenyataannya hari ini.

Sehubungan itu, PKR katanya mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak demokratik itu dan berpendapat kuasa Bekas Ketua Menteri Sarawak masih kuat.

“Cukup jelas pengaruh politik kuku besi Taib Mahmud masih berleluasa walaupun Ketua Menteri sudah bertukar ganti, dan pengaruh ini terus merencatkan perkembangan demokrasi di bumi Sarawak,” ujarnya lagi. - RakyatNews

No comments: