Tuesday 25 March 2014

#MH370 DISAHKAN BAWA PALET KAYU KARGO


KUALA LUMPUR: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan kargo pesawat Malaysia Airlines (MH370) yang hilang sejak 8 Mac lalu membawa palet kayu. 

Bagaimanapun, Hishammuddin berkata, setakat ini tiada bukti bahawa palet kayu yang dilaporkan ditemui di kawasan pencarian di selatan Lautan Hindi berhampiran perairan Australia tempoh hari mempunyai kaitan dengan muatan berkenaan. 


Beliau berkata demikian pada sidang media harian MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi. 

*Kalau tak pasti palet kayu itu adalah milik MH370 apsal tak check pesawat dari negara mana lagi yg bawa palet kayu macam tu !!!! 

No comments: