KAJANG 23 Mac - Hari mengundi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang sedang berlangsung hari ini dicemari dengan insiden pergaduhan melibatkan penyokong Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di perkarangan Masjid Jamek Kajang.
Ketegangan yang berlaku itu menyebabkan pihak polis dan FRU campur tangan dan berjaya dileraikan
Pihak jentera BN Kajang mengarahkan rakan petugas dari luar agar menjaga tingkah laku dan tidak mengulangi pertelingkahan.
Selain insiden tersebut Penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung di sini hari ini dilihat sengaja mencetuskan provokasi untuk menaikkan kemarahan penyokong pihak lawan sekaligus mencetuskan pergaduhan.
Kejadian berlaku di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Mesra di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang apabila penyokong fanatik PKR telah meletakkan kangkung dan menjatuhkan billboard yang memaparkan muka calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang turut disertai pengerusinya, Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard bertindak menyerang gerai De' Warung Bawal yang kononnya menghalau Calon PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika berkempen ke gerai tersebut.
Chegubard dan beberapa orang yang lain tidak mahu membayar harga makanan dan minuman yang dibelinya sebagai tanda protes terhadap apa yang telah berlaku.
12.45 Tengah Hari
Unit Simpanan Persekutuan (FRU) kelihatan sedang mengambil langkah berjaga-jaga jika berlaku sebarang situasi yang tidak diingini.
Keadaan di PDM Kajang di Sekolah Kebangsaan Convent, para penyokong kedua-dua belah parti , PKR dan BN 'berlawan' dengan melaungkan perkataan Reformasi dan 1Malaysia.
12.30 Tengah Hari
Berlaku pergaduhan di PDM Batu 10 diantara penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Barisan Nasional (BN) di perkarangan Masjid Jamek Kajang.
Jentera BN di kawasan setempat telah mengarahkan agar jentera BN dari kawasan luar untuk menjaga tingkah laku agar tindakan mereka tidak mengakibatkan pergaduhan sesama penduduk (BN-PKR).
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut hadir melawat PDM Saujana Impian sebagai tanda sokongan kepada calon yang bertanding.
12.00 Tengah Hari
Penyokong PKR dilihat sengaja mencetuskan provokasi dengan melakokan semula babak 'Raja Bomoh' sejurus selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di PDM Sungai Sekamat.
Provokasi tersebut telah mengakibatkan kekecohan sehingga mengakibatkan kesesakan lalulintas.
Kenderaan yang melalui kawasan tersebut terpaksa dilencongkan dan pengundi terpaksa berjalan jauh untuk ke tempat mengundi.
11.00 Pagi
Ketua Umum PKR,Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke PDM Saujana Impian. Beliau dilihat hanya meronda dengan menaiki kereta dan berjumpa dengan para peraih undi.
Anwar tidak bergerak bersama Calon PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melawat ke PDM.
10.30 Pagi
Penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung di sini hari ini dilihat sengaja mencetuskan provokasi untuk menaikkan kemarahan penyokong pihak lawan sekaligus mencetuskan pergaduhan.
Kejadian berlaku di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Mesra di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang apabila penyokong fanatik PKR telah meletakkan kangkung dan menjatuhkan billboard yang memaparkan muka calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun. - RakyatNews
No comments:
Post a Comment