Tuesday 11 March 2014

#PRKDUNKAJANG - KENDERAAN RASMI UPM DIGUNAKAN UNTUK KEMPEN PEMBANGKANG !!!


Naib Cabselor UPM yang bertanggungjawab kepada pengurusan Universiti Putra Malaysia hendaklah menjelaskan mengapa kenderaan rasmi UPM digunakan untuk tujuan kempen Pilihanraya Kecil di Kajang. Semasa PRU 13 tahun lalu, seorang pensyarah di UPM dikesan telah mengeksploitasi sebilangan kecil pelajar-pelajar UPM untuk berkempen terang-terangan kepada sebuah parti pembangkang.


Kereta Pejabat dengan tertera "Universiti Putra Malaysia" terbukti disalahgunakan di atas? Adakah kakitangan UPM ponteng? Adakah kakitangan UPM salahguna kenderaan pejabat? Naib Canselor UPM perlu menjelaskan hal ini supaya nama baik UPM sebagai sebuah univerisiti yang semakin meningkat naik tidak tercalar. 



Siapa yang memberi kebenaran kenderaan rasmi ini digunakan untuk kempen calon pembangkang??? Universiti Putra Malaysia ni kilang pembangkang ke ???

2 comments:

yatiayub🥰🥰 said...

Kenderaan Jabatan ini telah di lupuskan dan dijual pada september 2013. Oleh itu ianya bukan milik upm lagi. Pengguna telah meletakan bingkai nama upm dan pihak kami telah membuat laporan polis.

yatiayub🥰🥰 said...
This comment has been removed by the author.