Sunday 9 March 2014

#MH370HILANG - LELAKI MISTERI DI DALAM PESAWAT ADALAH PENGGANAS UIGHUR ???


Berita tergempar muncul ketika ini apabila kehilangan pesawat MH370 dikaitkan dengan serangan pemisah Uighurs.

Spekulasi hangat ini bertiup kencang apabila sebuah blog yang baru dibuka mengeluarkan artikel yang mendedahkan beberapa maklumat penting.

Blog yang diberi nama Global Defence & Security Research Defence (GLODEF) mendakwa dua lelaki misteri yang memegang passport palsu itu adalah daripada etnik Uighur.



paparan muka Blog GLODEF

GLODEF mengaitkan serangan terbaru ini dengan serangan berdarah di stesen keretapi Kunming, China. Dalam serangan yang mengorbankan 29 orang awam itu, pihak berkuasa menyalahkan puak pemisah dari wilayah Xinjiang yang dihuni oleh majoriti penduduk dari etnik Uighur.

Justeru, GLODEF menjangkakan insiden pesawat MH370 ini merupakan satu lagi serangan susulan oleh pihak militan dari kumpulan tersebut.

Namun, apa yang begitu mengejutkan ialah kedua-dua lelaki misteri itu membeli tiket bersama-sama.

Perkara itu disahkan oleh pihak China Southern kepada koresponden Daily Telegraph di Beijing, Malcolm Moore beberapa jam yang lalu.




Selain itu, GLODEF turut membayangkan kemungkinan wajah dua lelaki yang menggunakan pasport palsu itu seiras dengan rupa paras rakyat Italy dan Austria.




"Mereka berdua menempah tiket melalui China Southern Airlines. Sudah tentu mereka berdua boleh melepasi sekuriti di lapangan terbang dengan wajah yang seiras dengan warga Italy atau Austria" - Tulis di blog GLODEF.

Ramai pakar dan penganalisis termasuk pihak FBI sendiri tidak menolak kemungkinan serangan pengganas dalam kejadian ini. Ini dikuatkan lagi dengan pendapat pakar penerbangan, David Learmount yang mengaitkan BOM sebagai punca insiden (Baca disini) berikutan ketiadaan sebarang panggilan kecemasan daripada pesawat MH370. -Tengok TV Online/ Pendedahan blog GLODEF- Mynewsbub.

No comments: