Friday 7 March 2014

ANWAR SUMPAH SERANAH SHAFEE DI TWITTER


Ketika pendengaran rayuan pihak pendakwa terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat, NGO pimpinan Naib Presiden PKR, N Surendran, Lawyer For Liberty (@lawyers4liberty) mengamuk kepada Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah di twitter Ketua Umum PKR itu.
Di dalam mahkamah, Muhamad Shafee yang mengetuai pihak pendakwaan dalam rayuan itu memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah yang mendengar perbicaraan dan membebaskan Anwar telah terkhilaf (tersilap) dalam keputusannya.
“Jika ada bukti bahawa bukti DNA itu telah diubahsuai dalam apa cara sekalipun, maka jelas kes (ini) tidak mempunyai asas,” Shafee memberitahu panel hakim itu, dilaporkan Antarapos
Bagaimanapun hakikat ialah bukti DNA itu diserah oleh polis kepada pakar kimia kerajaan dilabel dan dimateri sebagaimana yang diwajibkan, kata beliau.
“Bagaimanapun keterangan ini tidak diambil kira oleh hakim dalam merumuskan bahawa sampel itu telah dikompromi,” tambahnya.
Shafee berkata berasaskan keterangan pakar kimia kerajaan itu, kebarangkalian sampel DNA itu telah diubahsuai dalam apa cara sekali pun oleh pengawai penyiasat Jude Pereira amat tipis.
“Ini adalah rungutan utama kami (selaku pendakwaraya). Pakar kimia mengatakan botol yang mengandungi DNA yang diterima dari polis telah dimateri tetapi keterangan ini tidak diambil kira oleh hakim,” kata beliau.
Shafee berkata hakim Zabidin silap untk meletakkan standard terlalu tinggi iaitu 100 peratus terhadap kualiti bukti DNA itu.
“Tidak mungkin kita boleh mencapai 100 peratus dalam kehidupan kita. Semua harus berpandukan kepada bukti yang sedia ada dan kemudian mengambil kira kebarangkalian dalam membuat sesuatu rumusan,” kata beliau.
Pihak pendakwaan diketuai oleh Muhamad Shafee dan dibantu oleh Noorin Badaruddin dan Mohd Hanafiah Zakaria.
Manakala pasukan pembelaan diketuai oleh Karpal Singh yang dibantu oleh Ram karpal, Sangeet Kaur Deo, Jeremy Vinesh Anthony dan Zaleha al-Hayat.
Agendadaily mencatatkan secara terperinci keterangan Mohamad Shafee :
9.32 pagi: Prosiding bermula dengan mahkamah mendengar perhujahan Muhammad Shafee yang mewakili pihak pendakwaan.
Shafee memperkenalkan semua pihak terlibat dalam kes itu. Turut hadir Zamri Idrus, peguam pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.
9.40 pagi: Shafee berkata, satu-satunya isu yang menyebabkan pembebasan Anwar, eksibit DNA daripada rektum saiful telah dikompromi.
Katanya, persoalannya sama ada ia diusik oleh pegawai penyiasat Jude Pereira, integriti sampel yang dijaga oleh dua ahli kimia dan sama ada keterangan mereka boleh digunakan.
Petisyen rayuan akan menumpukan kepada isu itu, kata Shafee.
Menurut Shafee, Hakim telah khilaf di segi undang-undang dan pihak pendakwaan telah membuktikan kes itu melampaui keraguan yang munasabah. Hakim telah khilaf di segi undang-undang bahawa integriti bukti telah diusik. Hakim telah khilaf di segi undang-undang mengatakan ada keraguan sample DNA diambil dari SP1.
Hakim telah khilaf di segi undang-undang apabila memberi pertimbangan yang salah dari keterangan saksi termasuk pakar-pakar. Hakim sendiri akui mereka tak 100 peratus pasti bahawa bukti itu tak diusik.
10.10 pagi : Shafee berkata menurut pakar kadangkala kita tak boleh temui kecederaan di dubur apabila pelincir seperti KY Jelly digunakan.
Walau Dr Seah (Ahli kimia) letak empat botol sampel DNA dalam satu beg plastik dan kemudian pegawai penyiasat ketika itu, Jude Pereira telah menggunting beg plastik berkenaan, sampel di dalam botol-botol itu tak tercemar dan tak terusik.
Hakim terkhilaf bila memutuskan bahawa beg plastik yang mengandungi sampel yang telah digunting itu menunjukkan bukti telah terusik.
Saya berpendapat hakim telah terkeliru dengan botol-botol sampel yang memang sahih telah dimeterai (sealed).
Sampel yang diperolehi dari dubur Saiful sememangnya dalam keadaan ‘pristine’ (suci) walaupun diambil 56 jam selepas dia dikatakan diliwat.
Hakim ketika itu telah mencari jalan mudah apabila mereka menerima keterangan pakar dari luar negara yang lebih bergantung kepada buku teks berbanding keterangan pakar tempatan, iaitu Dr Seah Lay Hong, yang banyak pengalaman melakukan kerja-kerjanya di lapangan
11.35 pagi: Shafee: Jabatan Kimia takpun menolak/mengetepikan sampel-sampel yang diterima dari Jude Pereira
Hakim Balia mencelah – tapi semua bahan bukti adalah dimeterai (pateri/sealed).
Shafee – bahan-bahan bukti yang dimeterai mempunyai tandatangan doktor dan Saiful. Ini adalah langkah keselamatan tambahan. Biasanya tandatangan doktor sudah mencukupi.
Tetapi jika pakar kimia melakukan segala langkah dengan berhati-hati dan mengikut peraturan hospital dan pegawai penyiasat, bagaiamana hakim boleh ketepikan hakikat ini?
-  mymassa

No comments: