Monday 3 February 2014

PORTAL PRO-PEMBANGKANG DEDAH KEBODOHAN JENTERA KEMPEN ANWAR IBRAHIM DI #PRK DUN KAJANG


Sungguh memalukan apabila portal pembangkang telah memperbodoh-bodohkan pembacanya dengan laporan bertajuk Mais dan Jais yang pertama halang kempen Anwar.

Laporan putar belit dan bodoh itu ditulis sendiri oleh pengarang analisis dan rencana portal tersebut. Di antara 'analisis' dangkal pengarang portal tersebut :


Program kempen Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kajang mendapat halangan sejak hari pertama lagi daripada pihak berkuasa agama negeri iaitu Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Halangan ini membayangkan kesukaran untuk Anwar bergerak ke kerusi menteri besar Selangor.
Ia dilakukan dengan cara menyekat Anwar menemui penduduk Kajang menggunakan masjid yang terletak di bawah pentadbiran Mais. 

Kenyataan 'menyekat Anwar menemui penduduk Kajang menggunakan masjid yang terletak di bawah pentadbiran Mais' merupakan satu tuduhan bersifat fitnah portal putar belit tersebut. Hakikatnya, sesiapa sahaja boleh menunaikan ibadah dan berjumpa mereka yang hadir di masjid itu.

Tetapi, kita juga telah dijelaskan sejak dulu lagi ialah individu yang memberi khutbah atau tazkirah mestilah yang mempunyai tauliah dan bukannya ahli-ahli politik.

Laporan pada 8 September 2011 :
“Mais dengan ini mengingatkan dan mengarahkan nazir masjid dan pengerusi surau seluruh Selangor supaya tidak menjemput, membenarkan atau memberikan peluang kepada YB Khalid dan mana-mana ahli politik untuk memberikan ceramah, mengajar, tazkirah atau khutbah berkaitan agama Islam kecuali mempunyai tauliah Mais yang masih berkuat kuasa,” kata Pengerusi Mais Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa.


Laporan pada 30 April 2013 :
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengingatkan anggota jawatankuasa masjid dan surau di negeri ini supaya tidak membenar atau menganjurkan ceramah dan aktiviti berunsur politik di masjid dan surau seluruh Selangor.

Pengarah Jais Datuk Marzuki Hussin berkata peringatan itu selaras dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang masjid atau surau dijadikan sebagai tempat ceramah serta aktiviti politik.

Titah Sultan Selangor sangat jelas. Begitu juga ingatan Jabatan Agama Islam Selangor.

Dan Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 telah menyatakan, mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara tentang agama Islam tanpa tauliah yang diberikan di bawah Seksyen 118 adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RN3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Malah, portal pro-pembangkang putar belit itu sendiri mengaku aktiviti Anwar Ibrahim di masjid adalah 'kempen Anwar'. Makanya, memang patut aktiviti tersebut tidak dibenarkan.

Kata mudah, Anwar Ibrahim tidak mempunyai tauliah untuk memberi tazkirah di Selangor.

Dan kita tidak percaya MAIS 'mengugut' dalam isu ini.

Ianya lebih kepada kebodohan pasukan kempen Anwar yang masih mahu melanggar titah Sultan Selangor dan juga putar belit portal pembangkang yang semakin ghairah membohongi pembaca-pembaca mereka.

Dalam masa yang sama, masyarakat yang mempunyai maklumat dan ingin membuat aduan berkaitan ceramah dan aktiviti politik yang dianjurkan di masjid dan surau di Selangor boleh menghubungi bilik gerakan JAIS di talian 03-5514 3411 atau 03-5514 3422. SUMBER

No comments: