KUALA LUMPUR 2 Feb - Kesemua komuniti dan organisasi cina digesa mengutuk kelakuan dan sikap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang menyiarkan video sambutan tahun baharu cina yang menghina pemimpin negara.
Bekas Ahli Parlimen Serdang, Datuk Yap Pian Hon berkata, jika seseorang yang berbangsa cina mesti tahu adat istiadat cina dan tidak akan mencaci orang lain, perbuatan itu hendaklah dikutuk.
"Saya rasa Teresa Kok tidak ambil perhatian terhadap adat istiadat budaya cina, ia tidak sepatutnya berbuat demikian, caci orang lain tampa asas.
"Bagi saya pekara ini tidak sepatutnya berlaku, jadi sepatutnya komuniti cina mengutuk kelakuakn dan sikap Teresa Kok." katanya ketika dihubungi Rakyat News di sini hari ini.
Jelas Pian, video yang ditonton itu tidak mendatangkan sebarang apa-apa manafat kepada rakyat dan hanya akan merosakan hubungan antara rakyat.
"Untuk tahun baharu cina ini kita mesti sebarkan mesej yang baik kepada rakyat.
"Kalau buat video itu untuk menghina dan mencaci orang tidak patut diadakan, ertinya pemimpin pembangkang itu biadap." ujarnya.
Video bertajuk 'ONEderful Malaysia' berdurasi 11 minit 39 saat itu merupakan cubaan Teresa untuk menabur kebencian terhadap kerajaan Malaysia dengan melakukan provokasi secara sindiran mengenai isu-isu semasa.
Terbitan video tersebut turut mendapat kecaman pelbagai pihak yang telah membuat laporan polis terhadap Teresa terutama Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan hari ini yang tampil membuat laporan polis mengecam tindakan video Teresa.

No comments:
Post a Comment