Sunday, 9 February 2014

NASI LEMAK LENGKAP AIR ASIA RM12 SINDIR MAS .....???

"Nasi Lemak Kami Lengkap"

30 Januari 2014 yang lalu, Chef Wan sekali lagi menarik perhatian orang ramai dengan aduannya mengenai makanan warisan negara iaitu Nasi Lemak Malaysia Airlines (MAS) yang dianggapnya tidak lengkap sekali gus digelar sebagai Nasi Lemak Telanjang. BACA DI SINI

MAS dengan segera membuat kenyataan akhbar dengan menyatakan bahawa MAS menerima teguran chef tersohor tanahair dan akan menambahbaik menu nasi lemak MAS. BACA DI SINI

Namun ada pihak yang cuba menangguk di air yang keruh dengan mengeluarkan iklan berbaur sindiran terhadap MAS.

Air Asia dengan selambanya menyindir MAS melalui iklan di akhbar Metro secara terbuka.

Memang menu nasi lemak Air Asia lengkap. Tetapi untuk mendapatkan nasi lemak 'lengkap' tersebut, penumpang perlu membayar RM12.00 yang menunya disediakan bersama air teh/kopi.

RM12 untuk nasi lemak lengkap? Jika menaiki MAS, nasi lemak diberikan tanpa perlunya bayaran tambahan.

Apa gunanya menu nasi lemak saja yang lengkap tetapi perkhidmatan yang lain kurang memuaskan?

Sebenarnya banyak lagi yang Air Asia perlu pertingkatkan, bukan sekadar menu nasi lemak lengkapnya saja yang perlu ditingkatkan. Dari segi perkhidmatan, Air Asia memang teruk dan tidak dapat diterima akal.

Sebagai contoh, pernah berlaku pada seorang pelanggan yang membeli seat secara online, tetapi apabila daftar masuk di kaunter, petugas kaunter Air Asia memaklumkan seat telah diberikan kepada penumpang lain tanpa mengambilkira kerugian pelanggan tersebut. Teruknya, pelanggan tersebut diberikan seat yang paling belakang.

Dan Air Asia juga pernah menimbulkan rasa kurang senang rakyat Malaysia berkenaan dengan kes seorang rakyat Malaysia yang terkandas di Vietnam hanya kerana anaknya menghidap chicken pox. Yang mana akhirnya MAS bertindak membawa rakyat Malaysia yang malang itu pulang. Rujuk SINI

Dari isu ini rakyat dapat menilai sendiri bahawa Air Asia hanya mementingkan keuntungan berbanding MAS yang lebih mengutamakan tahap perkhidmatan kelas dunia. Lihat saja aduan-aduan mereka yang pernah menggunakan khidmat Air Asia. Rujuk SINI

Sebenarnya lebih banyak lagi masalah yang dihadapi oleh pelanggan Air Asia yang pernah menggunakan perkhidmatan mereka. Mungkin ada banyak lagi yang perlu ditambah baik berbanding menu nasi lemak lengkap ini.

2 comments:

anak sabah said...

Mmg sial Syarikat pnerbangan AA ni.. aku dulu pernah trkena di sebab lmbat 5 minit je (alat pengimbas booking di tutup 1jam dri flight) aku di tendang mcm bola gi kunter bla.. bla.. last gi kaunter pelanggan msa tu dah 30 minit nk flight.. mmg lah dh leh.. tau lah sya dtg lmbat bkn sbab suka2 tayar kte pancit.. MAS terbaik.. tlong org susah mcm saya..

anak sabah said...
This comment has been removed by the author.