Sunday 9 February 2014

PELABURAN TABUNG HAJI TERKELUAR DARI SENARAI PATUH SYARIAH ...???


Petang hari minggu dengan cuaca panas terik, aku lebih suka berada di meja kerjaku daripada berpeleseran tidak tentu hala tujuan di luar sana. Sambil menyemak hasil kerja sepanjang minggu, aku juga suka 'jalan-jalan' dari blog ke blog untuk mencari isu-isu terkini. Maka terjumpalah artikel di bawah ini...... Baca dulu sampai habis dan janganlah pulak nak cepat buat komen tahap cerdik pandai cendikiawan bangsawan !!!


TABUNG HAJI KINI HARAM .... ???!!!

Sebenarnya dah lama saya nak menulis tentang perkara ini cuma tak berkesempatan. Hal ini penting terutamanya kepada mereka yang menggunapakai Fatwa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang Meng-HARAM-kan pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB). Perbincangan Hukum HALAL / HARAM Pelaburan ASB telah lama diperdebatkan. Eh? Ni nak cakap pasal Tabung Haji ke ASB? Sekejap, saya akan terangkan why I dragged ASB into this in a bit.

But first, let us read Kenyataan Rasmi Tabung Haji yang dikeluarkan selepas Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mengeluarkan senarai baru Sekuriti Yang Patuh Syariah pada 29 November 2013. Selepas senarai baru dikeluarkan oleh SC, ada pelaburan Tabung Haji yang telah terkeluar daripada Senarai Sekuriti-sekuriti yang Patuh Syariah.

Bahasa mudah “Tidak Patuh Syariah” ni maksudnya HARAM la. Tapi sebelum itu, baca dulu Screenshot dibawah dari website Tabung Haji sendiri so that you know I’m not making any of this up from my imagination.


Sebenarnya, kalau tak silap saye, as far back as June 2012 lagi, Suruhanjaya Sekuriti telah mengumumkan yang mereka akan membuat penyaringan (screening) berdasarkan kriteria-kriteria baru;
Conventional Income Level
Conventional Debt Level
Conventional Cash Deposit Level

Bagi yang tengah garu kepala sekarang, dan mungkin tengah ternganga pikir, “apekebende Kaedah Penyaringan Baru ni?”… sila baca Frequently-Asked Questions on Revised Shariah Screening Methodology

Waktu 2012 itu pun sebenarnya, dah banyak Fund Managers yang mengambil langkah proaktif untuk menyemak sendiri pelaburan mereka in anticipation of the new list which would later get in to effect in November 2013. And we would later find out yang banyak kaunter2 di Bursa Saham yang dulunya Patuh Syariah, kini tidak lagi Patuh Syariah.

Mereka yang proaktif juga telah bagi “warning” kepada syarikat-syarikat yang berpontensi akan terkeluar daripada senarai Patuh Syariah berdasarkan kriteria-kriteria baru tersebut supaya mula mengambil langkah2 untuk memastikan mereka kekal dalam senarai Patuh Syariah bila ia dikeluarkan secara rasmi oleh SC nanti.

Tabung Haji, melalui jawapan bertulisnya diatas, berkata, “Sebagai pemegang saham, TH telah mengambil tindakan yang proaktif melalui perbincangan dengan syarikat-syarikat yang terlibat bagi mengenal pasti prospek syarikat tersebut kembali patuh syariah dalam masa yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti. Ahli-ahli Jabatan Pelaburan, Panel Pelaburan, Panel Shariah dan Lembaga Pengarah TH sentiasa memantau semua aktiviti pelaburan TH bagi memastikan pelaburannya sentiasa patuh syariah.”

Tetapi persoalannya, kenapa in November 2013, Tabung Haji telah membeli/mempunyai saham Parkson Holdings bernilai kira-kira RM 250 juta? Tabung Haji juga telah membeli/mempunyai saham Malaysian Resources Sendirian Berhad (MRCB) bernilai kira-kira RM 200 juta in December 2013. Kedua-dua syarikat ini telah TERKELUAR daripada senarai Patuh Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang diwartakan pada 29 November 2013.

Takkan lah Tabung Haji tak tahu yang Parkson Holdings dan MRCB berpotensi untuk terkeluar dari senarai syarikat yang Patuh Syariah?

Ada berapa banyak lagi pelaburan Tabung Haji yang Tidak Patuh Syariah disaat ini?? Saya tidak tahu jawapannya. Tapi saya rasa, bukan dua syarikat ini sahaja (at the time of writing).

Anyway, SC telah memberi tempoh 6 bulan daripada 29 November 2013 ke 31 May 2014 untuk Tabung Haji kembali mematuhi senarai Patuh Syariah dalam pelaburannya. Dalam pada itu juga, penyimpan dibenarkan untuk menyimpan/mengambil dividen daripada tabungan mereka sepanjang tempoh ini.

Coming back to Persoalan Halal / Haram ASB, saya tertanya-tanya kenapa Panel Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tidak pula mengeluarkan Fatwa atau Advisory yang sama iaitu meng-HARAM-kan pelaburan Tabung Haji bagi semua umat Islam di Malaysia dengan serta merta seperti mana ASB? Malah penabung Tabung Haji dibenarkan pula menyimpan kesemua dividen hasil tabungan mereka sepanjang tempoh 6 bulan yang dinyatakan tadi?

Soalan saya kepada ramai yang diluar sana yang menggunapakai Fatwa Panel Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang meng-HARAM-kan ASB pula; adakah anda akan ke Tabung Haji hari ini juga untuk mengeluarkan simpanan anda dan menyedekahkan dividen yang anda peroleh daripada Tabung Haji sejak 29 November 2013? Masukkan balik duit pokok hanya setelah Tabung Haji kembali patuh Syariah berdasarkan screening criteria yang baru.

Ramai yang terus saje kata ASB Haram tanpa tau kenapa pun ada perbezaan dalam keputusan Hukum SC dan Majlis Fatwa Kebangsaan. Ada yang terus tinggalkan sebab member cakap Haram. Kalau anda berasa begitu, saya rasa anda patut ambil tindakan yang sama when it comes to melabur dalam Tabung Haji. Tak rasa Syubhah ke? Lepas 29 May 2014 nanti baru check balik dah patuh Syariah ke belum. Kalau dah patuh, masukkan semula.

Even Tabung Haji yang most of us think Halal ni pun ada pelaburan yang tak patuh Syariah. So orang Islam Malaysia nak simpan duit atau melabur dimana?

Nak start melabur Saham di BSKL? Anda pandai ke? Nak invest in properties? Anda ada modal dan tahu selok belok ke? Nak melabur dalam REIT? Anda pandai ke? Nak melabur Emas dan Perak? Andai pandai ke? Nak main FOREX? Sapa yang nak ajar? Ke MLM je senang?

Kesemua bentuk pelaburan yang saye baru sebutkan diatas banyak syarat-syarat Halalnya. Sama ada Saham, Properties, Mutual Funds, REIT, Emas atau Forex… Anda bukan boleh semborono aje melabur tanpa tahu cara macam mana yang Halal dan cara mana yang Haram. Anda lebih senang terjerumus dalam yang Haram… Yes, walhal pelaburan Emas sekali pun. Bukan semua jenis/cara pelaburan Emas kat Malaysia ni Patuh Syariah. Tak semudah melabur dalam Tabung Haji atau ASB yang most of us familiar with.

Orang yang boleh ajar cara pelaburan alternative to ASB and Tabung Haji kebanyakannya takkan ajar secara percuma. Kebanyakannya kedekut ilmu. Ramai yang ade ilmu tu nak jual eBook aje. Bukannya nak tolong umat Islam yang lain untuk sama2 memantapkan kedudukan ekonomi orang Islam. Tak ramai yang nak terangkan secara percuma dan berkongsi ilmu.

Akhirnya, orang bukan Islam jugak la yang control ekonomi Malaysia. Saya tak dapat bayangkan kalau PNB melalui ASNB menarik semua pegangan mereka dalam Maybank yang didalamnya ada Maybank Islamic, iaitu Islamic Bank yang terbesar di Asia Tenggara. Mungkinkah akan tinggal namanye saje yang “Islamic”?

Bukan saya menyokong ketidakpatuhan Syariah dalam Pelaburan ASB (mengikut pandangan SC), atau didalam pelaburan apa sekalipun… Tidak sama sekali. Saya telahpun bincangkan hal ini di sini.

Kepada yang berpegang kepada keputusan SC yang ASB tu Haram, saya cuma nak katakan yang terlalu banyak benda Syubhah dalam hidup ni kalau anda tahu. Lagi banyak belajar, lagi banyak benda yang anda tahu, lebih banyak benda yang anda akan rasa Syubhah. Nak tinggalkan semua sekali ke tanpa tau sebab musabab? Seeloknya ambil tahu dulu sebab sebalik semua pandangan. Then decide.

Lastly, saya rasa TH, ASB dan KWSP perlu diberi perhatian yang lebih daripada pihak yang berwajib dan bukan setakat mengeluarkan advisories kerana wang pelaburan di dalam kesemua dana ini majoritinya milik orang Islam. Kalau setakat advisories, Pengurus Dana can choose not to comply or take it lightly. Siapa yang berkuasa perlu pikirkan macam mana nak force dana ini untuk mematuhi syariah guidelines supaya penyimpan/pelabur Islam tidak perlu risau atau ragu tentang duit mereka.

Betul, memang pelabur dan pendeposit boleh keluarkan or chose not to invest in ASB, TH dan KWSP kalau ianya tak patuh Syariah… tapi apekah matlamat asal penubuhan dana-dana ini? Setakat nak buat untuk untung for TH, PNB dan KWSP ke? Tentu tidak.

This is only My World View. Seboleh mungkin saya telah letakkan links to references dalam entri ini. Maafkan saya jika menyinggung perasaan sesiapa yang membaca dan maafkan juga jika terdapat kedaifan pemahaman saya dalam penulisan ini.

Wallahu’alam. Allah lebih mengetahui.

Sumber: My World View 

No comments: