Sunday, 9 February 2014

( FOTO & VIDEO ) : PENAMPAKAN MISTERI DALAM GAMBAR RANCANGAN DISCOVERY CHANNEL



SUATU hari, seorang pakar kaji lautan bernama Jacques Yves Costeau telah melakukan kajian di dasar laut untuk rancangan terbitan Discovery Channel. Ia menyelam untuk merakamkan fenomena bawah laut di Cenota Angelita, Mexico.


Ketika melakukan penyelaman, ia dikejutkan dengan sebuah fenomena alam yang luar biasa. Dia menemui air tawar di antara air laut yang masin. Penemuan itu membuatnya takjub. Bagaimana mungkin air tawar boleh berada dan terpisah dalam air laut yang masin? Tetapi itulah kenyataan yang dia temui di dalam laut.

Rasa ingin tahunya yang membuak-buak membuat Costeau kembali menyelam lebih dalam lagi. Ia menyaksikan fenomena alam yang lebih mengejutkan lagi. Ia melihat ada sungai di dasar lautan.



Sungai di bawah laut itu ditumbuhi daun-daunan dan pokok-pokok yang merimbun dan menghijau. Para saintis menyebut fenomena itu sebagai lapisan Hidrogen Sulfida. Tapi kenapa kelihatan seperti sungai? Yang menjadi tanda tanya saintis, mengapa air yang mengalir di sungai bawah laut itu rasanya tawar?

Sesungguhnya, sekitar 14 abad lalu, Alquran telah menjelaskan fenomena itu. Semak saja surah Al-Furqan [25] ayat 53: ''Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar dan segar dan yang lain sangat masin lagi pahit; dan Dia Jadikan antara keduanya dinding dan barat yang tidak tembus.''

Fenomena unik dan aneh itu juga telah disebutkan dalam surah Ar-Rahman [55] ayat 19-21: ''Dia membiarkan dua laut mengalir yang kemudian keduanya bertemu, di antara kedua ada batas yang tidak dilampaui masing-masing. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan.''




SUMBER : UtaraNews

1 comment:

UMNO PARTI PENJARA said...

'Please Note'

- Pelaburan jutaan ringgit 'skuad sayang selangor' sepanjang 5 tahun untuk merampas kembali selangor di tangan PKR tidak berhasil. Malah memberi 8 lagi kerusi Dun kepada PR.

- Walaupun beribu kali lakonan @ provokasi yang dimainkan oleh media UMNO BN ia tidak lagi relevan untuk Rakyat Selangor. Begitu juga Kelantan dan Pulau Pinang. Ia tetap akan menjadi milik kekal PR.

- Terengganu juga bakal mengikut jejak selangor... Lihat saja pru 13 hanya 2 kerusi sahaja berbeza dan kemerosotan ketara BN...

- UMNO BN akan membubarkan 'Skuad Sayang Selangor' dan mengantikan 'Skuad Sayang Terengganu' pula. UMNO BN yakin bila perlaburan jutaan ringgit diberikan kepada rakyat Terengganu terutama anak muda akan mengekalkan Terengganu ditangan mereka.

- UMNO BN akan kekal memerintah Terengganu jika pelaburan mereka berjaya dalam 'Skuad Sayang Terengganu'... Lihat saja bukti jelas apabila pelaburan RM15,000 untuk satu keluarga FELDA dapat mengekalkan undi mereka kpd UMNO BN walaupun sedikit merosot... Jadi apa sangat bezanya level pemikiran anak muda FELDA dan Anak muda Terengganu?

- UMNO BN tetap akan membubarkan 'Skuad Sayang Selangor' apabila Anwar berjaya menjadi MB selangor. Aura Anwar yang kian kuat kpd anak muda Selangor hanya menjadikan usaha mereka sia2. Lebih baik mereka tumpukan Negeri lain yang juga akan jatuh ke tangan PR...



Akhir Sekali, adakah UMNO BN akan menyumbat kembali Anwar ke penjara untuk tempoh 10 tahun lagi untuk menghalang daripada menjadi MB Selangor??..... Tetapi yang pasti, UMNO BN akan 'ketandusan strategi' untuk merampas kembali Selangor dan menemui 'jalan mati' untuk menarik sokongan pengundi muda dan pengundi baru yang sudah terdidik sejak 5 tahun dulu..