Wednesday 26 February 2014

GEMPAR !!! MAYAT LELAKI SIAP BERKAFAN DITEMUI DI TEPI JALAN DI BUKIT MERTAJAM !!!


Kekecohan telah tercetus bilamana satu jenazah yang telah lengkap dikafankan telah ditemui ditepi jalan di Bukit Minyak, Bukit Mertajam pagi ini.

Jenazah tersebut telah ditemui oleh para pengguna yang sedang menggunakan jalan yang berhampiran Bulatan Kawasan Perindustrian Tambun, Bukit Minyak, Pulau Pianang awal pagi ini.



Pihak Polis masih menjalankan siasatan buat ketika ini bagi mencari jawapan akan insiden ini.

Maklumat dari individu pertama yang menemui mayat tersebut atau jenazah itu telah ditemui dengan diselimut dengan cadar bercorak bunga warna ungu cair dan siap dikafankan.


Individu tersebut telah menemui mayat atau jenazah tersebut yang diletakkan di atas tar kaki lima Jalan Perusahaan 2, Bukit Minyak, Bukit Tengah.

Menurut sumber lagi, mayat tersebut tidak berpakaian, mulutnya berbuih dan berkhatan serta tiada kesan kecederaan pada mayat.


Namun ketiadaan dokumen pengenalan diri menjadikan mayat tersebut tidak dapat dikenal pasti bangsanya.

Mayat telah dihantar ke Hospital Seberang Jaya bagi tujuan bedah siasat bagi mengesahkan punca kematian....






No comments: