Sunday 16 February 2014

( FOTO ) - BEKAS ARTIS AF 2013 DARI SABAH DITANGKAP CURI BASIKAL ???


Awal pagi semalam, sebuah akhbar telah melaporkan seorang bekas pelajar AF telah ditahan kerana mencuri sebuah basikal yang berharga lebih kurang RM14,000.
Beliau bersama tiga orang lagi rakannya telah pun ditahan pihak berkuasa.


Namun begitu, identiti bekas pelajar tersebut tidak dinyatakan hinggalah petang ini, sebuah blog Oh Artistelah menyiarkan beberapa keping foto yang menyaksikan beliau ditahan bersama rakan-rakannya.

Menurut beberapa komen yang diterima dari blog tersebut, pelajar tersebut adalah Suhada dan rata-rata dari mereka amat terkejut dengan kejadian ini kerana beliau dikatakan anak orang yang berada. 




Laporan dari Harian Metro :

Kota Kinabalu: Seorang artis lelaki kelahiran program realiti popular dicekup bersama tiga rakannya selepas dipercayai cuba menjual basikal curi sebelum perbuatan mereka dikesan polis yang melancarkan Op Cantas Khas.

Artis berusia 22 tahun itu ditahan bersama tiga rakannya jam 2.30 petang kelmarin di sebuah kafe di bandar raya ini bersama sebuah basikal jenis ‘Bianchi’ dipercayai barangan dicuri dalam kejadian di sebuah rumah di Kingfisher, Menggatal, dekat sini, Rabu lalu.

Difahamkan, semua suspek berusia antara 19 dan 27 tahun dikesan berada di kafe di Lintas sebelum dihampiri sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Sebaik memperkenalkan diri, semua mereka terkejut dan gagal meloloskan diri lalu ditahan.

Pemeriksaan menemui beberapa barangan dipercayai hasil kegiatan pecah rumah.

Semua mereka kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Jauteh Dikun ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan siasatan lanjut sedang dilakukan.

“Sebaik menerima laporan dibuat mangsa, polis melancarkan Op Cantas Khas dan mengesan semua suspek di sebuah kafe.

“Sepasukan polis kemudian memperkenalkan diri lalu menahan mereka termasuk artis terbabit,” katanya.

Jauteh berkata, polis masih menjalankan siasatan termasuk kemungkinan cuba menjual barangan berkenaan kepada pihak ketiga.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan,” katanya. Harian Metro

Suhada

Profil Suhada :
Nama Penuh: Abdul Suhadah Bin Unding
Profesion: Bekerja di sektor swasta
Saya seorang yang: Pemalu, rajin, pendiam, suka belajar perkara baru, obses dengan kamera
Apa yang saya suka: Jus lobak, ayam goreng, slow rock, Bruno Mars, Brad Pitt, hitam

Dengan rambut gaya Afro, anda pasti kenal dengan bekas Pelajar Akademi Fantasi 2013 ini. Yang menghairankan, bukankah dia merupakan anak kepada bekas wakil rakyat?

Antara situasi yang mungkin berlaku:
  1. Artis itu dan kawan-kawannya memang geng pencuri
  2. Artis itu temani rakannya yang seorang pencuri (Tak terlibat dan tak tahu)
  3. Artis itu temani rakannya yang seorang pencuri (Bersubahat)
Apapun, kejadian ini betul-betul memalukan.

No comments: