Wednesday, 22 January 2014

TIADA NIAT JAHAT TUMBUK TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN, HANYA SALAH FAHAM KOMUNIKASI

alt

KUALA LUMPUR  22 Jan - Tindakan Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor Muhammad Rizuan Suhaimi menyerang  Timbalan Menteri Pendidikan P.Kamalanathan berlaku ekoran salah faham yang berlaku.
 
Ketua Biro Sosial dan Etika Pemuda UMNO, Iskandar Jaafar berkata, pihaknya berasa kesal dengan perkara yang berlaku dan berharap tidak timbul sebarang kebencian antara mereka.
 
"Saya tidak fikir beliau mempunyai niat jahat sehingga menyerang Kamalanathan.
 
"Ia berlaku mungkin akibat salah faham dan kurang komunikasi antara satu sama lain," katanya kepada RakyatNews di sini hari ini. 
 
Sementara itu, Iskandar turut berpendapat bahawa pihak Pemuda UMNO Bahagian Selangor dapat mengadakan sesi perbincangan bersama Pemuda Kongres India Malaysia (MIC) bagi mencari alternatif menyelesaikan perbalahan yang berlaku.
 
"Saya berpendapat lebih baik jika pihak Pemuda UMNO terutamanya di Selangor dapat mengadakan perbincangan dengan Pemuda MIC.
 
"Kami bersedia membuat sesi perbincangan dan jika terdapat sebarang bukti, kita boleh mengakui kesilapan kerana kelakuan tersebut bukan mewakili keseluruhan Pemuda UMNO tetapi, sekadar tindakan spontan disebabkan kegagalan mengawal emosi," jelasnya. 
 
Terdahulu, kejadian dipercayai berpunca rasa tidak puas hati Muhammad Rizuan ketika ayahnya berjumpa Kamalanathan sebelum insiden yang berlaku di pejabat wakil rakyat itu kira-kira jam 2.30 petang.
 
Kamalanathan dalam satu laporan polis di balai Bukit Sentosa mendakwa pemuda itu yang berjumpanya kemudian dengan sekumpulan pemuda lain di pejabat beliau melepaskan satu tumbukan kebahagian lehernya.

No comments: