Kerakusan Anwar untuk berkuasa di Selangor semakin jelas ketara.Alamat di kad pengenalannya juga sudah di tukar ke alamat di Kajang.Alamat kediaman Anwar Ibrahim sebelum ini adalah di Bukit Segambut.Permatang Pauh pula kini sudah tidak ada lagi dalam hati Anwar kerana terlalu sibuk dengan agenda politiknya di Selangor.
Melihat tindakan gila Anwar itu, bekas peguam yang terlibat dalam kes Liwatnya, Yuktes Vijay telah mengumumkan akan mencabar Anwar di PRK Kajang.
Yuktes yang mengetahui banyak rahsia tentang perilaku Anwar berjanji akan mendedahkan segalanya untuk penduduk Kajang.
Yuktes boleh diibaratkan sebagai simbol suara anak muda yang menolak kerakusan Politik Anwar Ibrahim.Dalam kenyataan terdahulu beliau,Yuktes pernah mendedahkan bahawa Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri dan hanyalah seorang pakar yang bijak mencipta persepsi dan bijak memanipulasi keadaan.
"Cara Anwar berpolitik memang senang, kalau ada isu, create another isu lain."Anwar suka mencipta isu untuk menimbulkan persepsi. Dari isu pengundi hantu, warganegara Bangladesh hingga isu blackout, semuanya dicipta Anwar, tetapi sehingga ke hari ini tidak dapat dibuktikan dengan fakta segala dakwaannya itu."ujar beliau.
Walaupun peratusan beliau untuk kalah di Kajang agak tinggi,beliau tetap positif dan akan teruskan niat mencabar bekas bossnya untuk membuktikan bahawa tidak semua rakyat boleh diperbodohkan.
Yuktes juga menyentuh tentang pelbagai janji yang telah ditabur PKR semasa PRU yang lepas di Kajang.Sehingga kini rakyat Kajang masih dibelenggu dengan pelbagai masalah antaranya jalanraya berlubang dan tiada pembelaan diberi kepada pemilik-pemilik gerai makanan yang telah dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Kajang.
Yuktes telah mula merencanakan strategi di Kajang dengan memperkenalkan manifesto yang akan digunakannya nanti.Bersandarkan manifesto yang ringkas iaitu ‘Wakil rakyat yang telah dipilih perlu menunaikan manifesto Pilihan raya Umum (PRU) ke-12 dan ke-13’, Yuktes akan mula berkempen dengan pergi ke kawasan bermasalah di DUN Kajang dalam masa yang terdekat ini. - UtaraNews.
No comments:
Post a Comment