Monday 13 January 2014

AL-FATIHAH : BEKAS PEMAIN BOLASEPAK SARAWAK MENINGGAL DUNIA



KUCHING : Bekas pemain pasukan bola sepak Sarawak Sazali Mohamed Ramli, 45, meninggal dunia pagi Ahad, dipercayai akibat serangan jantung. 

Allahyarham merupakan seorang polis bantuan Petronas di Bintulu. 

Pengurus Besar Petronas Wilayah Sarawak Datin Mary Sadiah Zainuddin berkata beliau dimaklum ketika kejadian, Sazali berjoging di sebuah taman di Bintulu. 

"Ketika ditemui, Allahyarham sudah tidak bernyawa lagi," katanya ketika dihubungi Bernama. 


Beliau berkata kematian Sazali amat mengejutkan kerana sebelum ini rekod kesihatan Allahyarham adalah bersih selain tiada tanda menghidap sebarang penyakit. 

Allahyarham juga merupakan seorang pekerja berdedikasi dan pemain bola sepak yang hebat, katanya. 

"Kematiannya adalah satu kehilangan besar kepada Petronas dan juga bola sepak Sarawak," kata Mary, yang juga isteri Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak Datuk Sudarsono Osman. 

Sazali mewakili Sarawak dalam Liga Malaysia ketika pasukan itu dikendali jurulatih dari Australia Alan Vest. 

Pemain yang seangkatan dengan Allahyarham ialah John Hunter, Jeff Curan, David Evans, Dahlan Matusin, Roslan Ismail, Abdul Jalil Ramli dan Ibrahim Mentali. 

Semasa zaman kegemilangannya, Sazali berpasangan dengan Hunter di barisan serangan dan merupakan penjaring utama pasukan Sarawak. 

- BERNAMA 

No comments: