Sunday 20 October 2013

PENYANDANG KEKAL JAWATAN NAIB PRESIDEN, PAHANG DAN JOHOR TIDAK SOKONG MUKHRIZ


Keputusan tidak rasmi yang berjaya diperoleh pada jam 12.00 tgh malam tadi telah menyaksikan DS Zahid Hamidi, DS Shafie Apdal dan DS Hishamuddin Hussein telah berjaya mengekalkan kedudukan mereka sebagai Naib Presiden UMNO bagi penggal baharu. DS Zahid dan DS Shafie telah berjaya melepasi 96 undi lebih awal sekitar jam 7.00 ptg tadi. Manakala DS Hishammuddin pula berjaya walaupun diekor rapat oleh Dato' Mukhriz dengan kedudukan terkini masing-masing pada 96 undi dan 85 undi.

Dengan ini, secara tidak rasmi terjawablah persoalan pelbagai pihak tentang siapakah bakal meneraju UMNO untuk menghadapi PRU-14. Dengan formula yang sama pada peringkat tertinggi, adakah UMNO boleh merubah corak kepimpinan untuk mengekalkan sokongan Melayu dan mendapatkan sokongan kaum Cina. Ini adalah persoalan yang hanya boleh terjawab selepas PRU-14.

Sekalung tahniah diucapkan kepada DS Zahid, DS Shafie dan juga DS Hishammuddin dan selamat menerajui UMNO dengan lebih berjaya.
---------------------------------------------------------------------------------------------

MUKHRIZ KALAH DALAM PEREBUTAN TIGA TEMPAT UNTUK NAIB PRESIDEN!!!


Walaupun belum rasmi, namun keputusan yang ditunjukkan ialah, Mukhriz gagal dalam cubaan untuk mendapat tempat dalam heirarki kanan UMNO. Sebelum ini, Mukhriz kalah ketika merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO dan tahun ini, Mukhriz gagal dalam cubaan untuk menyelitkan diri sebagai salah seorang Naib Presiden UMNO.

Sekaligus mengingatkan kita kembali kepada perjalanan politik bapanya, Tun Dr. Mahathir yang turut menempuhi onak dan halangan yang hampir sama lebih empat dekad lalu sebelum akhirnya diangkat oleh Allah Taala sebagai pemimpin nombor satu Malaysia bergelar Perdana Menteri pada tahun 1981.

Tiga buah negeri dilihat menjadi punca mengapa Mukhriz kalah dalam pemilihan kali ini iaitu Johor, Pahang dan Selangor. Terdapat juga berita yang menyatakan, beberapa halangan telah dibuat terhadap Mukhriz termasuklah menghalang jentera kempennya terutama sekali yang membabitkan Selangor.

Namun kerjaya Mukhriz Mahathir sebenarnya belum lagi berakhir, sebaliknya BARU SAHAJA BERMULA. Mukhriz Mahathir merupakan Menteri Besar Kedah dan Mukhriz mempunyai peluang yang lebih besar untuk memajukan lagi kerjaya politiknya. Apatah lagi, dia mendaki perjalanan selaku pemimpin UMNO menerusi kaedah yang biasa iaitu bersusah payah terlebih dahulu. Seterusnya.... KLIK DI SINI
---------------------------------------------------------------------------------------------

PAHANG DAN JOHOR TIDAK SOKONG MUKHRIZ
19 Oct 2013 09:05 AM

WALAUPUN keputusan rasmi belum diumumkan, Mukhriz Mahathir gagal merebut salah satu kerusi Naib Presiden.

Kegagalan beliau, kerana tidak mendapat sokongan langsung daripada Pahang, negeri asal Perdana Menteri. Di Johor pula, hanya Bahagian Johor Bahru dan Tebrau daripada 26 Bahagian mengundi MB Kedah itu.

Keputusan tidak rasmi Berita Harian pada pukul 00.02 Hishmuddin mendapat undi rasmi 88, manakala Mukriz 82. Sementara keputusan rasmi Menteri KDN itu memperolehi 92, memerlukan 4 undi lagi untuk menang.
---------------------------------------------------------------------------------------------

MUKHRIZ GAGAL DAPAT SOKONGAN PERWAKILAN JOHOR


JOHOR BAHRU: Datuk Mukhriz Mahathir, yang bersaing merebut jawatan Naib Presiden Umno, gagal mendapatkan sokongan di Johor apabila hanya dua bahagian memilih beliau.

Bahagian Tebrau memberi 397 undi kepada beliau berbanding Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (387) dan Dr Ahmad Zahid Hamidi (361).

Di bahagian Johor Bahru, Mukhriz hanya meraih 329 undi berbanding Ahmad Zahid (470) dan Hishammuddin (333).

Keputusan pemilihan bagi naib presiden itu diumum Ketua Perhubungan Umno Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di pejabat perhubungan itu di sini malam ini.

Perwakilan daripada 26 bahagian Umno memberikan undi sebanyak 11,586 kepada Ahmad Zahid, yang merupakan Menteri Dalam Negeri; Hishammuddin yang merupakan Menteri Pertahanan dan pemangku Menteri Pengangkutan (9,670); Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal (9,192) dan Mukhriz (726). -
---------------------------------------------------------------------------------------------

NAIB PRESIDEN : 3 PENYANDANG KEKAL JAWATAN
19 Oct 2013 05:17 AM


Pemilihan Majlis Tertinggi parti yang berlangsung hari, mempertahankan status quo bagi kedudukan Naib Presiden.

Untuk urutan teratas tetap diduduki Datuk Seri Zahid Hamidi, sama dengan keputusan pemilihan tahun 2008. Sementara Datuk Seri Shafie Apdal bertukar tempat dengan Datuk Hishamuddin Tun Hussien. Kini Shafie menduduki urutan ke tiga.

Berdasarkan tradsisi parti, biasanya Naib Presiden yang menduduki tempat ke tiga akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya Perdana Menteri. Amalan ini berlaku pada Tun Dr Mahathir Mohammad dan Tun Abdullah Badawi.

Kemenangan Hishamuddin yang hanya menunggu keputusan rasmi, telah menolak semua persepsi sebelum ini, bahawa beliau akan gagal mempertahankan kedudukannya.

Keputusan Rasmi Klik Disini
Naib Presiden: Zahid dan Shafie Menang; Hishamuddin Sedang Menyusul
19 Oct 2013 04:01 AM

Datuk Seri Zahid Hamidi mengumumkan sendiri, bahawa beliau berjaya mempertahankan jawatan Naib Presiden. Beliau mengumumkan demikian melalui ucapan penggulungan Persidangan Bahagian Bagan Datoh, Perak. Zahid merupakan Ketua Bahagian bahagian itu.

Walau bagaimanapun keputusan tidak rasmi setakat ini adalah Zahid Hamidi (99 divisions), Shafie Apdal (91), Hishammuddin (56), Mukhriz (46), Ali Rustam (6), Isa Samad (6).

---------------------------------------------------------------------------------------------

TERKINI : Keputusan MT- Zahid-Shafie-Hishamuddin Masih Didepan
19 Oct 2013 03:24 AM

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendahului pengundian jawatan Naib Presiden Umno dengan memperoleh 63 undi, mengikut keputusan tidak rasmi setakat 5 petang.

Menurut keputusan tidak rasmi itu, Datuk Seri Shafie Apdal menyusul dengan 56 undi manakala Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mendapat 35 undi.

Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir pula memperoleh 30 undi diikuti Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad masing-masing empat undi.

Nampaknya STATUS QUO jawatan Naib Presiden akan kekal.

Sementara untuk MT Tawfiq Titingan dan Rahman Dahlan adalah antara calon yang telahpun mendapat undi.

---------------------------------------------------------------------------------------------


SCORECARD Berita Harian
NAIB PRESIDEN UMNO : SIAPA CALON TERPILIH ?
18 Oct 2013 09:51 PM

MENEJELANG pemilihan hari ini, hanya Negeri JOHOR cenderung mempertahankan STATUS QUO, ertinya para perwakilan negeri itu akan MENGUNDI penyandang- Zahid Hamidi-Hishamuddin Tun Hussein-Shafie Apdal.

Berasaskan electoral college Johor menyumbang 24 undi daripada 191 maksima yang bakal diperolehi oleh seseorang calon.

Negeri-negeri yang mempunyai undi electoral tertinggi adalah Sabah-25, Johor-26 dan Perak-23. Jumlah tersebut merupakan 38 peratus daripada seluruh undi.

Memandangkan calon-calon penyandang naib presiden secara kebetulan mewakili negeri-negeri tersebut; iaitu Shafie (Sabah), Hishamuddin (Johor) dan Zahid (Perak) apa kah kelebihan kepada mereka itu juga akan menyumbang kepada kemenangan mereka?

Sebelum dan selepas pendaftaran calon dan sehingga ke hari ini, walaupun ketiga-tiga calon tersebut menafikan bahawa mereka berkempen secara berkumpulan, namun kenyataannya tidaklah demikian. Mengikut kenyataan mereka, seperti "mereka lebih selesa bersama, lebih bersefahaman" "mendaftar sebagai calon bersama-sama" "mengadakan sidang akhbar bersama" adalah petunjuk bahawa mereka berkempen secara berkumpulan.

Kalau ya atau tidak mereka berkempen berkumpulan, namun yang jelas, mereka mempunyai kelebihan, seperti mana berlaku pada trend pengundian Ketua Pergerakan Wanita dan Pemuda pada Sabtu lepas.

Meskipun persepsi di kalangan media terutama media alternatif, bahawa salah seorang penyandang tersebut akan terkeluar daripada senerai, namun yang paling mengikat untuk menolak persepsi itu adalah pendirian para bahagian terutama Ketua bahagian atau para pemimpin negeri.

Ambil contoh Johor misalnya, para pemimpin negeri itu lebih gemar mempertahankan status quo, ertinya jika trend pengundian berlaku sebaliknya, ertinya wibawa pimpinan negeri boleh dipersoal. Demikian juga di bahagian-bahagian, jika Ketua Bahagian memberi gambaran bahawa bahagian tersebut cenderung kepada calon-calon tertentu, sekiranya perwakilan mengundi sebaliknya, maka kredibilti pemimpin bahagian juga boleh dipersoal.

Pendek kata, biasanya apa yang berlaku dalam pemilihan parti, selalunya aspirasi dan pilihan bahagian, cenderung akan dituruti oleh perwakilan.

Jika keadaan ini berlaku, maka bagi negeri Johor, tiga calon penyandang akan pasti mendapat 24 undi electoral college, manakala pesaing mereka akan mendapat kosong. Kalau keadaan ini berlaku, maka terlalu sukar bagi pesaing mereka mengejar undi tersebut, kerana dua negeri lain yang kebetulan juga negeri asal para penyandang, sudah tentu mereka mendapat undi electoral college daripada negeri masing-masing. Kalaulah ada "pact" antara mereka, ertinya sesama mereka masing-masing akan mendapat 25+26+23=74; dengan jumlah ini, mereka hanya perlu tambahan 24 electoral daripada neger-negeri lain. Baiklah, katakan bukan 100 peratus undi bakal diperolehi, 70 peratuspun, adalah sukar untuk menewaskan mereka.

Pesaing bagi kerusi Naib Presiden seperti Mukhriz, Ali dan Isa adalah bernasib baik, kerana Sabah yang mempunyai electoral college tertinggi, bersikap terbuka, namun melihat kepada sokongan kepada pegawai khas Shafie-Jamawi Jaafar dalam pertandingan Naib Ketua pemuda, 19 electoral college akan berpihak kepada Shafie, Hishamuddin dan Zahid daripada Sabah, ertinya peratusan telahpun melebihi 70 peratus. Kalau trend pengundian sayap dapat digunapakai sebagai kayu pengukur kepada sokongan kepada penyandang, maka dapat dipastikan bahawa kedudukan Naib Presiden akan mengekalkan STATUS QUO.

Analisis di atas hanya berasaskan persepsi dan di atas kertas. Sebenarnya tiada sesiapa yang boleh meramal keputusan, kerana untuk mengetahui kecenderungan hampir 146,000 perwakilan adalah sukar sekali. Tetapi yang jelas, angka itu hanya merupakan angka, sebenarnya bagaimana ramainya perwakilan, trend pengundian akan sangat bergantung kepada pemimpin bahagian atau negeri. Adalah tidak lumrah bagai ahli parti untuk tidak ikut pendirian pemimpin bahagian atau negeri.

Justeru itu, Mukhriz, Ali dan Isa perlu "count out" undi electoral daripada Johor. Mereka hanya mengharap undi electoral daripada 167.

Sejauh mana kombinasi pilihan daripada 167 undi electoral itu menentukan kemenangan para calon? atau sejauh mana keputusan Negeri Johor dapat mempengaruhi keputusan? sama-sama kita tunggu.

No comments: