Datuk Rohani Abdul Karim yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merendah diri ekoran kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengenai perlantikan Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil sebagai penasihat khas untuk membantu Rohani.
Namun, bagi rakyat Sarawak yang bertungkus lumus memenangkan BN dalam PRU-13 dengan mengekalkan kemenangan besar sekaligus sebagai fix deposit BN, sewajarnya Sarawak diberikan layanan yang ‘lebih’ berbanding negeri-negeri yang tewas dalam PRU-13.
Tidak keterlaluan dikatakan bahawa rakyat kini sudah matang dengan memilih pemimpin yang tidak menimbulkan kontroversi dan imej yang baik.
Tindakan kenyataan Nazri Aziz dalam sebuah portal berita bahawa Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil akan dilantik sebagai penasihat khas untuk membantu Rohani adalah sesuatu yang ‘memalukan’.
Rakyat secara terang menolak Shahrizat sebagai calon disebabkan imejnya yang tercalar akibat isu NFC. Tidak bertanding dalam PRU-13 dan mendapat cabarang dalam mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO membuktikan politik Shahrizat kini sudah sampai ke penghujungnya.
Dengan alasan yang tidak munasabah yang diberikan Nazri Aziz, “Rohani dari Sarawak. Barangkali tumpuan kerjanya tidak meliputi banyak aspek Semenanjung… kementerian itu sebelum ini diuruskan oleh pihak dari Semenanjung”.
Kenyataan itu sangat menguris hati rakyat Sarawak yang seolah-olah melabelkan rakyat Sarawak tidak layak menjawat jawatan sebagai menteri di peringkat persekutuan.
Suka juga nak mengingatkan Nazri apakah pula sumbangan Shahrizat ketika menjawat jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ke atas rakyat Sarawak? Banyak peruntukan yang seharusnya disalurkan kepada rakyat Sarawak ditarik untuk diberikan kepada rakyat di Semenanjung.
Menjadi kelaziman rakyat Sarawak yang sentiasa akur dengan keputusan biarpun perkara ini benar-benar mengguris kebanyakan rakyat Sarawak.
Rohani menjelaskan, kenyataan Nazri itu merupakan pandangan peribadinya dan tidak ada apa-apa hendak dipertikaikan.
“Nazri berhak untuk memberi sebarang pandangan. Saya tidak dapat mempertikaikannya kerana beliau sudah menyebutnya,” ujarnya.
Ramai pihak melihat kenyataan Nazri Aziz itu bersifat melangkui kuasa Perdana Menteri memandangkan kenyataan itu tidak mendapat arahan Datuk Seri Mohd Najib Razak. SUMBER
No comments:
Post a Comment