Sunday 28 July 2013

ADILKAH....??? THE NEW VILLAGE JADI 'ANAK EMAS', TANDA PUTERA DI 'ANAKTIRI' KAN...BETAPA HINANYA FILEM MELAYU !!!



Sebuah filem yang mengangkat Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai hero berjudul The New Village arahan Wong Kew-Lit merupakan  kontroversi berkisar kepada dakwaan bahawa filem ini cuba mengagung-agungkan komunis secara tersirat. 

Filem yang bakal ditayangkan di pawagam tanah air mulai 23 Ogos nanti iaitu di bulan kemerdekaan negara,  khabarnya dirancangkan sebagai sebuah filem berbentuk epik – yakni rakaman sejarah negara. 




Malangnya permulaan filem ini jelas menganggungkan komunis apabila menulis “Sesama peperangan anti-penjajahan Brtish.” Secara simboliknya ia membawa maksud Komunis adalah pejuang kemerdekaan negara. Berdasarkan video klip pembukaan ini jelas Pengarah Filem mempunyai niat mengangkat martabat perjuangan komunis daripada perjuangan idelogi kepada perjuangan kemerdekaan.

The New Village
Filem yang memaparkan kisah yang berlaku pada 1949, dimana Tanah Melayu ketika itu diisytihar darurat setelah peperangan berlaku antara pentadbiran tentera British dengan Parti Komunis Malaya. Seramai 500,000 penduduk Cina telah dipindahkan di 480 kem di seluruh Semenanjung Tanah Melayu untuk membendung aktiviti komunis. Akta Perkampungan Baru 1949 yang telah diwujudkan selama 40 tahun menceritakan bagaimana keluarga Hakka menjalani rutin harian mereka setelah British mengisytiharkan darurat.
Klasifikasi: NA
Genre: Sejarah
Tarikh Tayangan: 22 Ogos 2013
Bahasa: Mandarin
Pengedar: GSC MOVIES
Pengarah: Wong Kew-Lit
Pelakon: Lenna Lim, Kevin Soo, Teh Young, Kevin Soo, Jeff Chin, Khor Ewe Pin, Sam Chong, Bernard Hiew, Hui Mei 
Trailler: http://www.cinema.com.my/movies/movie_contents.aspx?search=2012.8286.newvillage1949.15490&section=trailer

Filem ini sepatutnya dibuat berlandaskan sejarah. Ia sepatutnya menjadi satu titik penting dalam memberi maklum kepada generasi muda cina mengenai kejahatan ideologi komunis dan sikap tentera komunis sendiri yang sebenarnya lebih kejam daripada tentera British.

Pengarah The New Village tidak faham antara perjuangan kemerdekaan iaitu membebaskan Tanah Melayu dari penjajahan dengan perjuangan menegakkan ideologi komunis di Tanah Melayu. Penduduk peribumi Tanah Melayu tidak pernah merestui perjuangan menegakkan ideologi komunis yang berkiblatkan Peking. Tapi apa hendak buat, Timbalan Presiden Parti Islam se-Malaysia pun anggap komunis pejuang kemerdekaan. Malangnya tiada siapa persoalkan apakah kelulusan Mat sabu untuk membuat tafsiran sedemikian. 
Komunis bukan pejuang kemerdekaan kerana majoriti pejuangnya adalah dari Tanah Besar China bukannya penduduk asal atau pribumi Tanah Melayu. Hakikat bahawa majoriti orang Melayu sendiri ketika itu menolak komunis menunjukkan mereka tidak diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan.

Apa yang menariknya adalah, filem ini yang belum ditayangkan di pawagam tetapi telah dimuat naik di Youtube itu sudah mendapat 1,427 dislikes....bermakna ianya telah mendapat bantahan ramai..!!!




Ianya dilihat sangat tidak adil apabila filem Melayu, TANDA PUTERA  dah basi berhabuk berulat dalam simpanan, 3 kali ditunda,  tetapi masih belum mendapat kelulusan untuk ditayangkan kepada umum kerana desakan bukan Melayu dan juga kononnya tidak mahu menimbulkan konflik dan kontroversi ketika negara sedang dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 Mei lalu.... Alasan bodoh!!!

Padahal TANDA PUTERA hanya mengisahkan persahabatan dan perjuangan Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dalam mendepani tragedi 13 Mei 1969. 


Diskriminasi apakah yang sedang 'ditayangkan' ole FINAS di layar kehidupan ini? Sebuah filem yang mengagungkan komunis sangat mudah mendapat kelulusan tayangan tetapi TANDA PUTERA..??? Apakah FINAS tidak tahu bahawa The New Village dibuat bagi menyusup minda penonton secara halus bahawa komunis adalah pejuang kemerdekaan negara. Niat tersebut bukan sahaja jelas pada intro filem ini sahaja. Penggunaan bahasa Mandarin bukannya bahasa kebangsaan dalam filem ini juga mengukuhkan lagi prasangka orang ramai kepada filem ini.

Ini filem orang Cina Malaysia untuk mengangkat kaum cina yang menjadi tentera komunis di Tanah Melayu.


No comments: