Monday 2 December 2013

NAIB PRESIDEN PAS SAHKAN UKE TELAH DIPECAT DARI PAS

Tuan Ibrahim Tuan Man

SHAH ALAM – Jawapan daripada Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) menjelaskan kedudukan sebenar keahlian pendakwah popular, Mohammad Kazim Elias, di dalam parti itu.

Tuan Ibrahim, melalui SMS, memberitahu, Mohammad Kazim sudah dipecat daripada Pas Mei lalu.

Beliau diminta mengulas dakwaan Ketua Pemuda Pas Perak, Raja Ahmad Iskandar kelmarin bahawa Umno, yang melantik Mohammad Kazim sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno, tidak menyedari Mohammad Kazim merupakan ahli Pas sejak 1998.

“Dewan Pemuda Pas Perak ingin membuat pengesahan bahawa Mohammad Kazim adalah ahli Pas sejak 17 Julai 1998 dengan nombor keahliannya 0475276 di bawah cawangan Kampung Manjoi di Tambun (Perak),” katanya.

Mohammad Kazim dikatakan tidak pernah mengisi borang keahlian Umno.

Dalam kenyataannya yang disiarkan dalam video oleh laman Agendadaily.com, Mohammad Kazim disebut sebagai berkata beliau tidak pernah keluar daripada Pas dan tidak menerima surat pemecatan.

“Ya, memang saya ahli Pas. Saya tidak pernah keluar daripada Pas walaupun dulu ada ura-ura kata saya dipecat daripada Pas, tapi tak ada surat pemecatan atau (surat) jawatankuasa disiplin kepada saya.

“Sepatutnya Pas merasa sikit malu dengan Umno kerana boleh menjemput orang di luar Umno untuk berada dalam Majlis Tertinggi Umno dan Pas tidak pernah menjemput saya, apatah lagi menjadi teman yang mesra,” kata beliau dalam rakaman video sidang media itu, semalam. SH



Teman kata : So, penyokong PAS tak perlu bising-bising dengan perlantikan tersebut.  Baca dan fahamkan rangkap terakhir artikel di atas....

No comments: