Monday 2 December 2013

KENAIKAN KADAR TARIF ELEKTRIK MULAI 1 JANUARI 2014


KUALA LUMPUR 2 Dis - Kadar purata tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak RM4.99 di Semenanjung Malaysia berkuatkuasa pada 1 Januari 2014.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, kenaikan ini turut melibatkan Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak 16.9 peratus atau sebanyak 5 sen.

"Empat faktor yang mendorong kenaikan itu adalah disebabkan kesan penyelarasan harga gas domestik (0.51 sen/kwj); Kesan penetapan harga gas asli cecair (3.41sen/kwj), kesan penyelarasan harga arang batu (0.17 sen/kwj) serta semakan tanrif Tenaga Nasional Berhad (TNB) (0.90 sen/kwj)," katanya pada sidang media khas di Bangunan Parlimen, di sini, sebentar tadi.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, pihak erajaan akan terus memberikan rebat kepada pengguna dengan bil elektrik berjumlah RM20 dan ke bawah sehingga 31 Disember 2014.

Untuk rekod, kadar elektrik semasa adalah berjumlah RM33.5 per KWH, iaitu 8.5 sen atau 25.3 % di bawah kos asal pada kadar 42 sen KWH.

No comments: