KUALA LUMPUR 17 Dis. – Enam maut apabila kereta Nissan Skyline yang dinaiki terbakar selepas terlibat dalam kemalangan berhampiran bulatan Kampung Pandan di sini awal pagi ini.
Komandan Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Hamid Daud berkata, kesemua mangsa yang terdiri daripada tiga lelaki dan tiga wanita mati serta merta akibat rentung keseluruhannya.
.
“Pihak kami menerima panggilan pada pukul 12.42 pagi sebelum 13 anggota dari Balai Bomba Pudu dan Jalan Hang Tuah dikerah ke tempat kejadian.
“Jentera pertama tiba di lokasi 10 minit kemudian dan mendapati enam mangsa telah rentung dengan salah seorang daripadanya dipercayai remaja berusia lingkungan belasan tahun,” katanya kepada pemberita di sini pagi ini.
Beliau berkata, identiti keenam-enam mangsa masih belum dapat dipastikan.
Tambahnya, punca kemalangan dan kebakaran masih dalam siasatan pihak forensik dan akan dimaklumkan kemudian.
“Pihak bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan kesemua mangsa memandangkan kedudukan mereka yang tersepit dan rentung di dalam kereta terbabit,” katanya. – UTUSAN ONLINE
Update terkini diberitahu bahawa mangsa yang maut dalam kemalangan tersebut adalah seorang warga asing dari Britain, 3 orang dari Filipina dan 2 orang dari Myanmar.
No comments:
Post a Comment