Hukum Hudud telahpun dilaksanakan
di Brunei. Berikut adalah kandungan hudud yang dijalankan di Brunei pada ketika
ini. Sila rujuk Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013.
LELAKI BERLAGAK MENYERUPAI
PEREMPUAN ATAU SEBALIKNYA 198
(1) mana2 lelaki yg memakai pakaian
perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana2 perempuan yg memakai
pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana2 tempat awam tanpa alasan
yg munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit
kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1000, dihukum penjara selama
suatu tempoh tidak melebihi 3bulan atau kedua-duanya sekali.
(2) mana2 lelaki yg memakai pakaian
perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana2 perempuan yg memakai
pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana2 tempat awam untuk tujuan
yg tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit
kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama
tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
TIDAK MEMBAYAR ZAKAT ATAU FITRAH
236
(1)mana2 orang Islam yang telah
ditaksirkan dengan sah sebagai wajib untuk membayar zakat atau fitrah di bawah
Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi (Penggal 77) dan gagal untuk
memperolehi secara rayuan atau selainnya, pembatalan atau pengubahsuaian bagi
penaksiran demikian, dengan sengaja gagal untuk membayar zakat atau fitrah
tersebut adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan
dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu
tempoh tidak melebihi 2 tahun atau keduanya sekali.
KHALWAT 196.
(1) Mana-mana orang Islam yg
melakukan khalwat adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan
dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu
tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
(2) Mana-mana orang bukan Islam yg
melakukan khalwat dengan
orang Islam adalah melakukan
kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak
melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun
atau kedua-duanya sekali.
(3) Dalam bab ini, KHALWAT bermakna
(a) bersekediaman, bersekedudukan,
berkurung; atau
(b) Mengasingkan diri dalam keadaan
berhampiran yg mendatangkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan
maksiat,
TIDAK MENUNAIKAN SEMBAHYANG JUMAAT
194.
Mana-mana lelaki mukallaf yang
tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dengan tiada uzur syar’ie atau
tiada alasan-alasan yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan
hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $200 bagi
kesalahan pertama, dikenakan suatu denda tidak melebihi $300 bagi kesalahan kedua,
dan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1,000 bagi kesalahan ketiga atau
berikutnya.
TIDAK MENGHORMATI BULAN RAMADHAN
195.
(1) Mana-mana orang yang memakan
atau meminum atau menghisap apa jua tembakau ditempat awam semasa waktu
berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah
jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara
selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
(2) Mana-mana orang yg menjual atau
menghidang ada jua makanan atau tembakau untuk dimakan,diminum atau dihisap
dengan serta merta di tempat itu juga, di tempat awam, semasa waktu berpuasa
dalam bulan Ramadhan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit
kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama
suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua- duanya sekali.
(3) Ceraian (2) hendaklah tidak
dikenakan kepada mana-mana pengamal perubatan atau mana-mana orang lain yang
menghidang apa jua makanan, minuman atau ubat kepada mana-mana pesakit semasa
waktu-waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan yang tanpanya pesakit itu terjejas.
(4) Jika mana-mana orang yg gagal
mematuhi ceraian (2) dalam kedudukannya sebagai pekerja kepada orang lain,
majikannya hendaklah dianggap telah bersubahat melakukan kesalahan tersebut dan
telah menyebabkan kesalahan itu dilakukan oleh sebab subahat itu melainkan dia
dapat membuktikan bahawa kesalahan tersebut telah dilakukan tanpa kebenaran,
kuasa, pengetahuan atau keizinannya dan dia telah mengambil langkah-langkah
yang munasabah untuk mencegah daripada perbuatan itu dilakukan.
HUKUMAN ZINA 69.
(1) Mana-mana orang Islam yang
melakukan zina dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan
syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara’ setelah
Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al
syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan
dikenakan hukuman hadd seperti berikut –
(a) jika dia muhshan, direjam
sehingga mati dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam; atau
(b)jika dia ghairu muhshan, disebat
100 sebatan dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam dan dihukum penjara
selama tempoh satu tahun.
(2) Mana-mana orang Islam yang
melakukan zina dan dibuktikan dengan keterangan selain yang diperuntukan di
bawah ceraian (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit
kesalahan-
(a) jika dia muhshan, disebat tidak
melebihi 30 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 7
tahun; atau
(b) jika dia ghairu muhshan,
disebat tidak melebihi 15 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak
melebihi 3 tahun.
(3) Mana-mana orang bukan Islam
yang melakukan zina dengan seorang Islam dan dibuktikan sama ada dengan ikrar
tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid setelah
Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak- kehendak tazkiyah al
syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan
dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan di bawah ceraian
(1).
(4) Mana-mana orang bukan Islam
yang melakukan zina dengan seseorang Islam dan dibuktikan dengan keterangan
selain daripada yang diperuntukan di bawah ceraian (3) adalah melakukan suatu
kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan, dihukum dengan hukuman yang sama
sebagaimana yang diperuntukan dibawah ceraian (2).
HUKUMAN ZINA JIKA PESALAH BUKAN
MUKALLAF ATAU BELUM MENCAPAI UMUR
BALIGH. 70. Jika mana-mana orang
yang bukan mukallaf atau belum mencapai umur baligh melakukan zina dan-
(a) dibuktikan sama ada dengan
ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid
menurut Hukum Syara’ setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira
kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah
jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 30 sebatan dan ditahan di
mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu
tempoh tidak melebihi 3tahun; atau
(b) dibuktikan dengan keterangan
selain daripada yg diperuntukan dibawah perenggan (a) adalah melakukan suatu
kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 15
sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh
Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.
Nilai minimum barang curi untuk
kena hukum hudud ialah 1 dinar (4.25g emas)
(A) Jika didapati bersalah (dengan
cara pengakuan sendiri atau saksi2 yang sah) maka :
kesalahan pertama potong tangan
kanan hingga pergelangan tangan.
-kesalahan kedua potong kaki kiri
hingga lutut
-kesalahan ketiga dan seterusnya –
penjara tidak lebih 15 tahun
(so takdelah kena potong sampai 4
kerat)….
Kalau bersalah bukan cara diatas
(A) : kena penjara dan denda.
Pengecualian :
-pesalah 15 tahun kebawah atau
tidak siuman…
-owner mmg tak jaga keselamatan brg
-pencuri bayar sikit, lepas tuh
lari….
-bende curi senang dapat dan mudah
hancur (cth : buah2)
-bende curi tiada nilai disisi
syarak (arak, alat musik)…
-pencuri curi dari penghutang yang
tak nak bayar hutang pencuri…. (nilai jgn lebih plak)
-keadaan memaksa : bencana alam,
perang
-bini curi dari suami atau
sebaliknya (kecurian dalam keluarga sendiri)…
Untuk pengetahuan orang
Indonesia/Malaysia/Singapura.
*Muhsan bermaksud yang sudah kawin
dan pernah ‘berprojek’….
*Bini-bini tu Perempuan… bukan
Isteri…
sumber : fuh.my
No comments:
Post a Comment