Siasatan mendapati, seminar yang diadakan di sebuah masjid itu membincangkan kertas soalan peperiksaan tahun sebelumnya dan soalan ramalan,” Datuk Mohmad Salleh, Ketua Polis Kuala Lumpur
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, berkata polis telah memanggil dan mengambil keterangan 56 pelajar yang menghadiri seminar itu dan mendapati tiada pengedaran kertas soalan seperti didakwa.
“Siasatan mendapati, seminar yang diadakan di sebuah masjid itu membincangkan kertas soalan peperiksaan tahun sebelumnya dan soalan ramalan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, semalam.
Siasatan dibuat mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 selepas polis menerima aduan tiga individu yang mendakwa soalan ramalan diajar dalam seminar itu sama dengan kertas Matematik SPM.
Pada 22 November lalu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) turut mendakwa menerima aduan sama daripada tiga individu terbabit mendakwa berlaku kebocoran.
Mereka mendakwa kertas itu diedar dalam seminar SPM 2013 dikelola seorang guru di Masjid Mua'adz Bin Jabal, Setiawangsa. Utusan Online
No comments:
Post a Comment