Dari blog ini teman dapat perkhabaran, bekas artis dan pelakon yang kini bergiat aktif dalam parti Politik, Bob Lokman dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Taiping pagi tadi selepas mengadu sesak nafas.
Sebelum ini, Si Bob Lokman ni pun pernah masuk Hospital jugak atas sebab yang sama. Maknanya, ini kali kedua dia dimasukkan ke hospital akibat sesak nafas.
Menurut beberapa laman blog, sebelum dimasukkan ke hospital, difahamkan Bob menikmati jamuan buah durian di satu program di Kuala Kangsar.
Ustaz Nazmi Karim dalam laman sosial meminta orang ramai mendoakan kesihatan Bob.
Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segalanya....
No comments:
Post a Comment