Thursday 5 December 2013

BEKALAN ELEKTRIK DI NEGERI DILANDA BANJIR PULIH SECARA BERPERINGKAT


KELMARIN, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah bertindak menghentikan bekalan elektrik di pantai Timur Semenanjung terutama Pahang berikutan 1,072 pencawang elektrik di ditenggelami air, menyebabkan hampir 63,000 pengguna terpaksa bergelap.


IR. ABDUL Halim Baharudin menunjukkan pencawang TNB Kuantan Utara di Pintasan Kuantan, Pahang yang dinaiki air berikutan banjir, semalam.
BAGAIMANAPUN, bermula tengahari semalam Tenaga Nasional Berhad (TNB) Pahang berjaya memulihkan bekalan elektrik di daerah ini yang terputus berikutan dua pencawang utama di Pintasan Kuantan dan Tanjung Gelang di sini dinaiki air semalam.

Pengurus Bahagian Penghantaran TNB negeri, Ir. Abdul Halim Baharudin berkata, tindakan memutuskan elektrik itu kira-kira pukul 6 petang semalam dibuat bagi mengelak kejadian tidak diingini, selain tempoh jangka panjang bekalan tersebut dapat diteruskan.

Menurut beliau, dua pencawang utamanya masing-masing 33 kilowatt voltan di Pencawang Kuantan Utara dan Tanjung Gelang di sini dinaiki air banjir.

Tambahnya, sebanyak 2,000 pencawang kecil juga terpaksa ditutup semalam kerana menghadapi masalah yang sama.

"Bagaimanapun kami berjaya memulihkan bekalan itu secara berperingkat-peringkat bermula pukul 12 tengah hari tadi, melibatkan kawasan sekitar bandar ini, Indera Mahkota dan Semambu.

"Penyambungan bekalan tersebut akan diteruskan sehingga lewat malam ini berikutan banjir di Pencawang Tanjung Gelang kembali surut," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, penutupan itu menyebabkan 60,000 pengguna di daerah ini terjejas tetapi pihaknya sentiasa berusaha bagi memulihkan keadaan tersebut.

Beliau memberitahu, hanya 100 daripada 2,000 pencawang kecil masih belum lagi beroperasi, manakala selebihnya telah diaktifkan untuk menyalur bekalan elektrik kepada pengguna.

Beliau berharap para pengguna bersabar dengan situasi ini dan pihaknya sentiasa berusaha dalam memulihkan kembali bekalan tersebut seperti biasa.

No comments: