Tuesday 19 November 2013

MISTERI KEHILANGAN IZZAT IZZUDDIN DI VILLA NABILA, SATU MALAYA SUDAH KENA 'MAIN' BEB ....!!!


Remaja, Izzat Izzudin Husin dilaporkan hilang Sabtu lalu di Villa Nabila telah ditemui selepas tengah malam tadi. Apa yang peliknya, dia bukan ditemui di lokasi kejadian tetapi di Flat Desa Mutiara, jauh dari Villa Nabila. Menurut sumber, Izzat dan rakannya, dikatakan menonton filem Highland Tower.



Mereka kemudian membuat keputusan mencari tempat ‘keras’ untuk dikunjungi secara berkumpulan. Dalam kumpulan kira-kira 20 orang itu mereka ke Villa Nabila pada lebih kurang jam 4 pagi.

Setelah berada di situ, semua keluar melalui jalan belakang, dan berhenti rehat di Masjid Kolam Air sewaktu azan berkumandang, sebelum mereka bersurai. Izzat membuat keputusan tidak pulang ke rumah dan tinggal di rumah rakannya. Selepas Buletin Utama menyiarkan berita kehilangannya, orang awam menetap di flat terbabit, mengenali identiti Izzat kemudian bertindak menyalurkan maklumat tepat kepada polis. Sidang akhbar akan diadakan oleh Ketua Polis Johor. TT

Dari Perlis sampai ke Sabah, semua sudah kena 'main' dengan mamat sekor ni.... ha ha ha.... Susahkan polis jah..!!!!

No comments: