Tuesday 19 November 2013

AMEKKAUU..!!! KARPAL SINGH KUTUK PAS JAHIL BAHASA INGGERIS ...!!!


KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP, Karpal Singh menyelar Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob dan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kerana didakwa tidak mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris.


Jelas beliau, kekurangan itu menyebabkan kedua-dua pemimpin kanan PAS tersebut salah faham berhubung kenyataannya yang menggesa supaya pendaftaran parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) berasaskan kaum dan agama dibatalkan baru-baru ini.

'Saya terkejut beberapa pemimpin PAS yang jahil Bahasa Inggeris secara terbuka mengkritik gesaan saya.  Saya tekankan pada sidang akhbar berbahasa Inggeris tersebut dengan 'provideda kaveat' dalam kes PAS kerana PAS sebuah parti politik yang membuka pintunya kepada kaum lain kerana mempunyai unit dalam kalangan bukan penyokong bukan Muslim.'

Oleh itu, saya berharap pemimpin PAS yang mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris dapat menerangkan kepada Raja Ahmad dan Mahfuz apa sebenarnya maksud yang cuba disampaikan dalam sidang media berbahasa Inggeris pada 5 November lalu itu,' katanya melalui satu kenyataan media.

Baca selanjutnya.... klik di sini

No comments: