Saturday 16 November 2013

KEPALA CEDERA DIHEMPAP BESI KHEMAH, DATUK AZEEZ RAHIM TERIMA 4 JAHITAN



Akibat angin kencang, Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang mengetuai misi bantuan kemanusiaan Taufan Haiyan di Tacloban, Filipina menerima empat jahitan selepas besi yang digunakan untuk mendirikan khemah tumbang dan menghempap kepalanya, kira-kira jam 1.45 petang tadi.

Sebelum kejadian di kawasan operasi sukarelawan berdekatan Lapangan Terbang Daniel Z Romualdez, dekat Taclon itu, Abdul Azeez sedang mengadakan perbincangan bersama dengan anggota sukarelawan lain selepas mengagih-agihkan bantuan di kawasan berdekatan.

Beliau kemudiannya dibawa ke klinik lapangan yang diselenggara Kor Perubatan Angkatan Tentera Malaysia di Tacloban sebelum menerima empat jahitan dan suntikan anti tetanus.

Abdul Azeez yang juga Ahli Parlimen Baling dilaporkan berada dalam keadaan yang stabil. PERAK TODAY

No comments: