Tuesday, 26 November 2013

ALHAMDULILLAH, TUN M DIBENAR KELUAR IJN, SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBERIKAN KESIHATAN YANG BAIK ....


Dr Mahathir Dibenar Keluar IJN

KUALA LUMPUR : Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada Isnin selepas dimasukkan untuk rawatan pada 16 November lalu kerana jangkitan dada.Menurut kenyataan pejabat Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri yang memberikantindak balas baik kepada rawatan, keluar dari Wad Am IJN pada 10.30 pagi dengan diiringi isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

"Beliau (Dr Mahathir) bagaimanapun perlu meneruskan program senaman dan fisioterapi beliau," menurut kenyataan itu. Semasa menerima rawatan di IJN, Dr Mahathir, 88, menerima kunjungan PerdanaMenteri Datuk Seri Najib Razak pada 23 November dan Timbalan Perdana Menteri TanSri Muhyiddin Yassin pada 19 November. - BERNAMA

No comments: