Tuesday, 29 October 2013

SUAMI ADUN PKR, ISTERI KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN : HIDUP BAHAGIA WALAU RAMAI KURANG SENANG....


BUKANLAH kita sengaja hendak mencari kesalahan orang lain apalagi mereka yang telah bergelar pemimpin tetapi apa yang terbukti di depan mata sehingga menimbulkan seribu persoalan, rasanya tidaklah keterlaluan untuk dikongsi bersama.

Ceritanya begini, Ketua Wanita Umno Bahagian Kota Marudu yang baharu, Redonah Bahanda berjaya menewaskan Tina Majawan, penyandang yang telah memegang jawatan tersebut sejak 30 tahun lalu.

Redonah adalah calon paling layak menentang Tina setelah tidak ada wanita yang berani mencabar jawatan tersebut yang disifatkan amat kebal di Kota Marudu.

Pengalaman Redonah sebagai Ketua Puteri UMNO Bahagian Kota Marudu selama dua penggal sudah cukup membuat dirinya dikenali.

Apabila Redonah menawarkan diri untuk mencabar Tina, dia mula mendapat perhatian wanita UMNO yang memang mahukan perubahan dalam kepimpinan Wanita yang telah dianggap lapuk.

Selaku Ketua Puteri, banyak kerja-kerja amal yang dilakukan bersama anggotanya demi menaikkan nama UMNO yang kini semakin mula mendapat tempat di kawasan tersebut.

Tina Majawan akhirnya terpaksa akur dengan kemenangan Redonah. Menariknya, ketika kempen berlangsung, isu yang paling hangat dimainkan adalah hubungan Redonah dengan suaminya, Jailani Hamdan.

Apa yang menarik?

Inilah persoalannya kerana suami Redonah adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matuggong yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR). Jailani menang mudah pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu mengalahkan calon Barisan Nasional (BN).

Jailani sebelum menyertai PKR merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Marudu. 

Ketika Redonah bertanding jawatan Ketua Wanita, banyak suara yang tidak puas hati kerana memenangkan isteri seorang pembangkang yang sentiasa berkempen menentang kerajaan BN.

Namun tuah Redonah, dia tidak menghadapi masalah untuk menang jawatan tertinggi dalam wanita di bahagiannya.

Sesiapa pun boleh membuat andaian sendiri tetapi apa penting ialah suami ADUN dari PKR dan isteri Ketua Wanita UMNO Bahagian itu hidup bahagia sebagai suami isteri bersama tiga anak tersayang. SUMBER


No comments: