Wednesday 9 October 2013

'PREDATOR' MALAYSIA DENGAN SUT BERNILAI RM85,000K


Masih ingat dengan 'PREDATOR' tiba-tiba muncul di Balai Polis Subang Jaya pada 1 Oktober lepas..??? Kehadirannya di balai polis tersebut kerana ingin membuat aduan berkenaan kes penjualan sijil sakit (MC) palsu di Facebook. Kalau ada sesiapa di situ yang terkejut dengan kehadiran 'watak' dari filem Hollywood 'Predator' mau kena heart attack....wooo..... Bukan pe..........


Sebiji mcm 'Predator".....


Kalau anda terserempak 'makhluk' ni di mana-mana lokasi....ajaklah bergambar.... jgn takut.... hehehe...

TAHUKAH ANDA... siapa sebenarnya empunya diri di sebalik sut yang julung-julung kali dilihat di negara kita itu..???



BELIAU ADALAH......

Nama Penuh : Jim Loi Duan Kong

Jawatan : Presiden Gabungan Persatuan Pengamal Perubatan Malaysia (MPCAM) Dr Jim Loi Duan Kong

Pekerjaan : Doktor

Nilai sut PREDATOR  :  RM85,000.00

Kuala Lumpur : “Saya pakai begitu sebab utamakan keselamatan, bukannya mahu mencari glamor,”.
Demikian kata Presiden Gabungan Persatuan Pengamal Perubatan Malaysia (MPCAM) Dr Jim Loi Duan Kong mengenai tindakannya memakai sut daripada filem aksi sains fiksyen Predator memasuki Balai Polis Subang Jaya 1 Oktober lalu.
Gambarnya bersama sut sambil menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Suzuki B-King GSX1300 itu kemudian dimuat naik di beberapa blog dan mendapat pelbagai reaksi termasuk menggelarnya sebagai Predator Malaysia.

“Saya pergi ke sana untuk membuat laporan polis berkenaan kes penjualan sijil sakit (MC) palsu di Facebook, tetapi tidak sangka sebaik memasuki balai, sut filem aksi sains fiksyen Amerika Syarikat itu menjadi tumpuan polis yang bertugas.
“Selesai membuat laporan, mereka minta saya pakai semula topi keledar yang direka mengikut kepala Predator sebelum mengambil gambar bersama motosikal dan memuat naik di Internet tanpa pengetahuan saya,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di kliniknya, di sini, semalam. myMetro



No comments: