( Saya tak kata yang lain haram cuma mereka tidak ada Sijil Halal jer )
Memanglah bukan satu kemestian atau syarat wajib berniaga untuk memiliki Sijil Halal tapi dengan adanya Sijil Halal itu, sekurang2nya memberi kenyakinan kepada umat Islam untuk berkunjung dan menikmati hidangan di restoran2 mereka.
Lainlah kalau kita sudah ketahui pemiliknya beragama Islam tapi biasanya lah, kopitiam2 yang ada dinegara ini dimiliki oleh taukeh2 cina. Pekerja Melayu tidak semestinya taukeh Melayu, kan ?
Hmmmm .... saya biasa juga ke satu kopitiam beredekatan rumah, bukan nak makan sangat tapi lebih kepada kemudahan internet yang disediakan. Laju dan cepat kalau mahu layari youtube apalagi kalau perlu upload video. Nampak gayanya kena cari port lain la ...
Kita mungkin tidak akan ketahap memarahi taukeh2 kopitiam kerana tidak sensitif dengan perkara ini tapi kita mampu mengubahnya .....seperti kata Datuk Rozali -
“Sekiranya kita mahu mereka mendapatkan sijil halal, kita perlu memilih untuk tidak berkunjung ke kopitiam mereka, itu sahaja. Kita tidak boleh memaksa dan sebarang keputusan terletak di tangan pengguna,”
Gunakan kuasa pengguna yang ada pada kita !
Pemilik kopitiam Terengganu tak hirau sijil halal
KUALA TERENGGANU – Walaupun pelbagai maklumat dan galakan mengenai sijil halal diberikan kepada pengusaha kopitiam di negeri ini, mereka dilihat tidak mengendahkan dan tidak berusaha mendapatkan sijil halal dari pejabat agama.
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Mohd Rozali Saleh berkata, perkara ini telah lama diberitahu dan sehingga kini pihaknya belum mendapat permohonan daripada pengusaha kopitiam di negeri ini melainkan sebuah kopitiam di Kemaman, sebelum ini.
“Perkara ini bukan diwajibkan kepada pengusaha kopitiam, tetapi ia adalah galakan bagi memastikan semua bahan yang mereka gunakan dalam setiap makanan yang dijual adalah dari sumber yang halal.
“Mungkin perlu melalui beberapa prosedur sehingga menyebabkan mereka enggan berbuat demikian, tambahan pula, pengguna termasuk orang Islam sentiasa datang untuk menjamu selera di kopitiam mereka,” katanya.
Mohd Rozali berkata, sebagai pengguna, orang ramai terutama umat Islam perlu bijak memilih dan tidak memandang remeh berkaitan isu halal haram dalam makanan kerana ia akan menjadi darah daging.
“Kita mahu mereka miliki sijil halal bagi menjamin makanan yang dijual boleh dimakan oleh orang Islam, malangnya, di Terengganu kebanyakan pengusaha kopitiam masih belum memohon dan memiliki sijil halal.
“Sekiranya kita mahu mereka mendapatkan sijil halal, kita perlu memilih untuk tidak berkunjung ke kopitiam mereka, itu sahaja. Kita tidak boleh memaksa dan sebarang keputusan terletak di tangan pengguna,” katanya.
Menurut Mohd Rozali, untuk memohon sijil halal adalah mudah dan mereka boleh ke Maidam untuk mendapatkan borang.
Bagaimanapun, untuk mendapatkan sijil halal, itu yang mengambil masa yang agak lama, mungkin sekitar dua bulan kerana kopitiam itu perlu melalui proses pengauditan untuk mengkaji bahan masakan yang digunakan. SUMBER
*Gambar sekadar hiasan
No comments:
Post a Comment