Monday 14 October 2013

PEMILIHAN SAYAP UMNO : NAMA BESAR YANG TEWAS #Pemilihan UMNO

(dari kiri) Datuk Mashitah Ibrahim, Datuk Paduka Seripah Noli Syed Hussin, Shahanim Yusoff tewas untuk jawatan exco Pergerakan Wanita Umno.

Pemilihan pucuk pimpinan sayap Umno di peringkat bahagian dan nasional Sabtu lalu telah menyaksikan beberapa nama sama ada dari kalangan keluarga politik atau individu yang besar menang dan kalah.

Antara nama besar yang tewas ialah Senator Datuk Mashitah Ibrahim dan Datuk Paduka Seripah Noli Syed Hussin untuk jawatan exco Pergerakan Wanita Umno Malaysia.
Seorang lagi nama besar yang tewas ialah bekas Naib Puteri Umno Malaysia, Shahanim Yusoff.

Abdul Fattah Abdullah


Calon Ketua Puteri Umno Malaysia, Jamilah Hanim Othman bukan sahaja tewas di tangan Mas Ermieyati Samsudin malah turut tewas mengejut di tangan Nor Azmah Abdullah untuk jawatan Ketua Puteri Bahagian Petaling Jaya Selatan.
Sementara nama besar dalam pemilihan Pergerakan Pemuda yang tewas mengejut ialah Pengerusi Tetap Pemuda Umno Malaysia yang juga Pengerusi Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah.

Datuk Noraini Ahmad dan Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin
menang kerusi Exco Wanita Umno.

No comments: