GEMPAR!!! Kemenangan Jawatan NKPUM Akan Diputuskan Dengan Cara Undi Popular
KUALA LUMPUR, 13 Okt – Keputusan mutakhir berhubung pemilihan
UMNO 2013 yang diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan
UMNO 2103, Tan Sri Tajol Rosli hari ini memperlihatkan keputusan seri
bagi dua calon jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia,
Jamawi Jaafar dan juga Khairul Azwan Harun di mana masing-masing
memperolehi jumlah kemenangan yang sama sebanyak 73 undi.

Menurut tan Sri Tajol, berdasarkan situasi tersebut, pihak jawatankuasa
pemilihan akan menggunakan kaedah pengiraan undi popular seperti
mana yang telah diputuskan sebelum ini bagi menentukan pemenangnya.

“Seperti mana yang kita beritahu di dalam taklimat sebelum ini, kita akan
menggunakan kaedah undi popular bagi menentukan siapa pemenangnya.
Kita akan jumlahkan kesemua undi yang diperolehi oleh dua calon ini dari
189 bahagian di seluruh negara.

“Setelah itu, barulah kita akan dapat menentukan siapa pemenangnya
bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang baru,” ujarnya
kepada pemberita di sidang media bertempat di Aras 4, Menara Dato Onn
di sini hari ini.

Sementara itu, menurut Setiausaha Kerja UMNO Malaysia,
Datuk Ab Rauf Jusuh, Ibu Pejabat UMNO akan memanggil calon atau
wakil calon tersebut dalam masa yang terdekat untuk menyaksikan
perjumlahan semula undi yang diperolehi oleh kedua-dua calon Naib
Ketua Pemuda UMNO itu.

“Pihak ibu pejabat akan memanggil kedua-dua calon atau pun wakil calon
selepas Hari Raya Aidiladha ini untuk melihat sendiri kertas undi yang
diterima ini oleh kedua-dua calon ini.

“Oleh yang demikian, kedua-dua calon bolehlah datang atau menghantar
wakil apabila dipanggil oleh ibu pejabat UMNO untuk melihat proses
perjumlahan semula kertas undi yang diperolehi oleh kedua-dua calon ini
bagi menentukan siapa pemenangnya,” ujarnya.

Menurut beliau, keputusan rasmi berhubung pemenang bagi jawatan
Naib Ketua Pemuda akan diberitahu kepada media setelah urusan
penjumlahan semula undi untuk undi popular selesai dilaksanakan.

Keputusan bagi sayap pemuda pula memperlihatkan Khairy Jamaluddin
terus mengekalkan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia
apabila 189 memberikan undi kepada beliau. Manakala bagi jawatan
pengerusi tetap Pemuda UMNO Malaysia pula di menangi oleh
Zubir Zabidi dengan memperolehi sebanyak 89 undi.

No comments:
Post a Comment