Thursday, 31 October 2013

DR. HASSAN ALI BERJAYA SAMAN KHALID 'GEREJA'


SHAH ALAM  - Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali hari ini berjaya dalam tuntutan saman fitnahnya di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.


Hakim Datuk Yaacob Md. Sam memutuskan demikian selepas mendapati kenyataan yang dikeluarkan oleh Khalid dalam satu sidang akhbar pada 24 Februari tahun lalu bukanlah satu pembelaan terhadap isu "pemimpin parasit" yang ditimbulkan oleh Hasan.

Mahkamah turut berpendapat menyatakan, Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat tidak memberikan komen yang adil dan oleh itu tidak lagi terlindung di bawah elemen perlindungan bersyarat.

"Plaintif juga berjaya membuktikan bahawa kenyataan yang dibuat oleh defendan dibuat dengan niat jahat," tambah Hakim Yaacob.

Hasan memfailkan saman fitnah tersebut pada 12 April 2012 terhadap Khalid selepas defendan mengeluarkan dakwaan bahawa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga Bhd. sebagai penaja kepada Hasan dan juga Jati.

Khalid dalam pembelaannya menyatakan kenyataan yang dikeluarkan dalam sidang media itu adalah bagi menjawab 'serangan' Hasan yang menggelarnya sebagai pengkhianat dan pemimpin parasit.

Mahkamah menetapkan 27 November ini untuk kedua-dua pihak berhujah berhubung jumlah ganti rugi serta kos yang perlu dibayar oleh defendan kepada plaintif. - UTUSAN ONLINE

No comments: