Saturday 21 September 2013

UMNO BAHAGIAN PASIR SALAK ENGKAR ARAHAN, SERAH BORANG PENCALONAN KE IBU PEJABAT UMNO KUALA LUMPUR !!!


UMNO Perak Serah Keputusan Pada Ibu Pejabat Berkaitan Isu UMNO Pasir Salak  -  Datuk Mohd Khusairi Abd Talib

"Tindakan UMNO Bahagian Pasir Salak adalah kes yang luar biasa"

Demikian terang Setiausaha UMNO Perak, Datuk Mohd Khusairi Abd Talib sebagai menjawab tindakan UMNO bahagian Pasir Salak yang menghantar sendiri borang pencalonan ke Ibu Pejabat UMNO di Kuala Lumpur tanpa melalui Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak.

Menurut beliau, arahan telah pun telah dibuat sebelum ini dimana semua calon hendaklah mendaftar di pejabat Perhubungan UMNO Negeri atau mana-mana tempat yang ditetapkan.

"Kalau ikut arahan yang dikeluarkan oleh ibu pejabat, semua calon hendaklah mendaftar di pejabat perhubungan UMNO negeri ataupun dimana-mana tempat yang ditentukan oleh perhubungan negeri jadi ini merupakqn kes agak luar biasa.

"Kita diperingkat negeri tidak boleh membuat apa-apa keputusan jadi kita serahkan kepada ibu pejabat untuk memberikan pandangan dan mengambil sebarang keputusan.

"Bagi pihak UMNO negeri, kita akan mengikut apa jua keputusan itu nanti.

Tambahnya, tindakan itu dianggap sebagai sesuatu yang luar biasa kerana mengikut arahan yang jelas pun dikeluarkan.

Sehubungan itu, beliau menyerahkan perkara ini kepada pihak ibu pejabat UMNO negeri untuk membuat keputusan.

Katanya beliau tidak pasti kenapa UMNO bahagian Pasir Salak berbuat demikian. 

"Mungkin itu adalah pandangan peribadi Ketua Bahagian UMNO berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Dewan Jubli Negeri Perak hari ini.

Pada sidang media itu, Khusairi yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Tanjong Malim turut mengesahkan bahawa tiada perebutan jawatan di peringkat Ketua Bahagian iaitu Bahagian Bagan Datoh.

No comments: