Saturday, 21 September 2013

TUNKU AZIZ DAKWA, PEMILIHAN CEC AKAN DATANG JUGA TIDAK SAH !!!

AIDCnews – 21/09/13 – Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dilaporkan Antarapos berkata pemilihan semula ahli jawatankuasa pusat (CEC) parti itu pada Ahad depan juga tidak sah kerana ia bercanggah dengan perlembagaan parti.

Menurutnya, pemilihan semula CEC parti seharusnya dilakukan menerusi Kongres Kebangsaan parti dan bukannya pada Kongres Khas pada 29 September ini seperti yang dirancangkan itu.
Ini kerana, katanya undang-undang tubuh parti itu menetapkan pemilihan CEC tidak boleh dianjurkan dalam mana-mana majlis lain.
Menurut perlembagaan DAP, Klausa 8, Artikel 6 dan Klausa 8, Artikel 8, menyatakan bahawa setiausaha agung seharusnya menghantar notis memanggil mesyuarat pemilihan sekurang-kurang 10 minggu sebelum kongres kebangsaan parti.
Maka cadangan Karpal Singh selaku pengerusi yang mahu pemilihan diadakan pada November 2013 lebih tepat dengan cadangan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang berkeras mahukan 29 September.
Menurut Tunku Aziz, DAP seharusnya serik dengan keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang sebelum ini mengarahkan pemilihan CEC Disember tahun lalu diadakan semula, jika tidak mahu perkara yang sama berulang dan bakal menyaksikan pendaftaran parti itu terbatal.
“Ini bagi membolehkan tempoh masa minimum 10 minggu diberikan. Jadi jelas, mereka ini tidak mempedulikan peraturan dan undang-undang.
“Mereka bersedia melanggar undang-undang dan sekiranya dikenakan tindakan mereka akan berkata ia bermotif politik. Dengan kata lain, semua orang adalah salah kecuali setiausaha agung dan DAP.
“Sudah tentu juga, Umno dan BN turut akan dipersalahkan. Saya fikirkan mereka sepatutnya cerminkan diri dulu,”katanya
Sebelum ini, bekas ADUN DAP yang mewakili Teratai, Jenice Lee juga mencadangkan supaya DAP menangguhkan tarikh pemilihan CEC kerana percaya parti itu masih gagal menyelesaikan isu 500 surat salinan asal yang didakwa ditandatangani perwakilan DAP kepada ROS.
Katanya, DAP tidak perlu tergesa-gesa untuk mengadakan semula pemilihan tersebut dan seharusnya mengemukakan bukti kepada umum jika benar surat itu wujud.
Baca seterusnya..... DI SINI

No comments: