KUALA LUMPUR, 6 Sept. –
Mesyuarat Majlis Tertinggi yang bersidang pada 30 Ogos 2013 telah memutuskan
pindaan tarikh dan tempat pendaftaran calon yang ingin bertanding pada
pemilihan parti. Pindaan tersebut melibatkan pendaftaraan calon untuk semua
jawatan parti yang akan berlangsung serentak pada 21 September 2013, Sabtu.
Pindaan terbabit adalah
sepeti berikut:
1. TARIKH PENDAFTARAN CALON PERINGKAT
JAWATANKUASA BAHAGIAN DAN PERGERAKAN WANITA, PERGERAKAN PEMUDA DAN PERGERAKAN
PUTERI BAHAGIAN
1.1 Tarikh pendaftaran calon
yang ingin bertanding bagi jawatan di peringkat Jawatankuasa Bahagian adalah
pada 21 September 2013 (Sabtu) bertempat di pejabat Badan Perhubungan UMNO
Negeri bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Borang pendaftaran calon boleh
diambil di Pejabat UMNO Bahagian mulai 14 September 2013.
1.2 Tarikh pendaftaran calon
yang ingin bertanding bagi jawatan di peringkat Pergerakan Wanita, Pergerakan
Pemuda dan Pergerakan Puteri Bahagian adalah pada 21 September 2013 (Sabtu)
bertempat di pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri bermula jam 8.00 pagi hingga
5.00 petang. Borang pendaftaran calon boleh diambil di Pejabat UMNO Bahagian
mulai 14 September 2013.
2. TARIKH PENDAFTARAN CALON PERINGKAT MAJLIS TERTINGGI DAN EXCO PERGERAKAN WANITA, EXCO PERGERAKAN PEMUDA DAN EXCO PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA
2. TARIKH PENDAFTARAN CALON PERINGKAT MAJLIS TERTINGGI DAN EXCO PERGERAKAN WANITA, EXCO PERGERAKAN PEMUDA DAN EXCO PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA
2.1 Tarikh pendaftaran calon
yang ingin bertanding bagi semua jawatan dalam Majlis Tertinggi (MT) adalah
pada 21 September 2013 bertempat di Ibu Pejabat UMNO Malaysia bermula jam 8.00
pagi hingga 5.00 petang. Borang pendaftaran calon boleh diambil di Ibu Pejabat
UMNO Malaysia mulai 14 September 2013.
2.2 Tarikh pendaftaran calon
yang ingin bertanding bagi semua jawatan di peringkat Exco Pergerakan Wanita,
Exco Pergerakan Pemuda dan Exco Pergerakan Puteri Umno Malaysia adalah pada 21
September 2013 bertempat di Ibu Pejabat UMNO Malaysia bermula jam 8.00 pagi
hingga 5.00 petang. Borang pendaftaran calon boleh diambil di Ibu Pejabat UMNO
Malaysia mulai 14 September 2013.
Semoga segala keputusan di atas akan diambil
tindakan sewajarnya. – MediaUMNO
No comments:
Post a Comment