Friday, 6 September 2013

KARPAL BERIYA-IYA MAHU CHIN PENG DI BAWA BALIK KE MALAYSIA....UNTUK APA..???


Pengerusi DAP,Karpal Singh menyokong sebarang usaha membawa semula bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng ke Malaysia. Karpal dilaporkan dalam kenyataan portal FMT berkata Kerajaan Malaysia tidak perlu berkeras dalam pendirian lamanya yang melarang kepulangan Chin Peng ke negara ini. 

Beliau berkata begitu ketika mengulas cadangan bekas Timbalan Pengarah cawangan khas,Yuen Yuet Leng yang meminta kerajaan membenarkan Chin Peng dan bekas anggota PKM yang lain kembali semula ke Malaysia. 

“Masanya telah tiba untuk kerajaan menjadi pragmatik dan belas kasihan serta untuk melihat nasib seorang warga emas,” kata Karpal. Karpal juga percaya bahawa keturunan rakyat Malaysia terbunuh semasa pemberontakan komunis boleh memaafkan kejadian lampau itu. 

“Komunis telah meletakkan senjata 24 tahun lalu dan ini adalah sebab yang baik untuk kerajaan Malaysia membenarkan Chin Peng dan rakan-rakannya kembali ke negara ini pada tahun-tahun senja kehidupan mereka,” kata Karpal lagi. 

Gesaan Karpal itu pernah dibuat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2009.  

Anwar dilaporkan dalam portal putar belit Meloyakini berkata atas dasar perikemanusiaan Chin Peng, patut dibenarkan pulang ke Malaysia. 

“Dia (Chin Peng) umur pun dah tua. Dia nak balik ke kampung halaman dia. Kita dah benarkan dulu,” katanya dalam sidang media selepas berucap dalam Kongres Khas PKR di Bangi.

“Sejarah kita kena dilihat secara objektif dan (kita) ambil sikap peri kemanusiaan. Yang sudah sudahlah, kita kerja,” kata Anwar,sambil menyifatkan isu komunis kononnya dimainkan media pro-pemerintah.

Chin Peng, 89, kini tinggal dalam buangan di Bangkok dan telah memohon kebenaran kerajaan dan juga melalui mahkamah untuk pulang ke Malaysia.

No comments: