Monday, 16 September 2013

RIBUAN UMAT ISLAM INDONESIA ZIARAH JENAZAH ULAMA PEMIMPIN MAJLIS RASULULLAH.....




JAKARTA - INDONESIA. Ribuan umat Islam termasuk Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono menziarahi jenazah ulama masyhur Indonesia Habib Munzir Al Musawwa di Jakarta Selatan pada Isnin dan menyembahyangkan jenazahnya sebelum dikebumikan selepas Zohor.

Habib Munzir, 40, pemimpin Majlis Rasulullah, sebuah majlis zikir terbesar di Jakarta, meninggal dunia di sebuah hospital di sini pada Ahad setelah terjatuh di bilik air di rumahnya. Beliau sebelum ini dilaporkan mederita beberapa penyakit.


Jenazahnya dikebumikan di Kompleks Makam Habib Kuncung, Kalibata, Jakarta Selatan.

Majlis Rasulullah menghimpunkan sejumlah umat Islam pada hari Selasa setiap minggu untuk berzikir.

Yudhoyono dalam ucapan belasungkawanya berkata Habib Munzir merupakan ulama muda yang penuh dengan teladan kepada umat Islam Indonesia.   

"Saya sering bersama beliau. Beliau sangat mendambakan Indonesia yang beragama, Islami dan rakyatnya sejahtera," katanya.

Presiden Indonesia itu meminta seluruh jemaah Majlis Rasulullah supaya meneruskan pergerakan yang didirikan Habib Munzir pada tahun 1998 itu selain berharap anak-anak lelaki Habib Munzir akan menyambung segala usaha Allahyarham.

Majlis Rasulullah harus diteruskan. Kita beri teladan kepada seluruh umat di Indonesia dan di seluruh dunia," katanya. - Bernama


Diketahui, Al-Habib Munzir bin Fuad Al-Musawa atau lebih dikenali dengan nama Munzir bin Fuad bin Abdurrahman Almusawa, lahir di Cipanas, Cianjur, Jawa Barat, pada 23 Februari 1973.

Ia merupakan anak keempat dari empat adik beradik dari pasangan Fuad bin Abdurrahman Al-Musawa dan Rahmah binti Hasyim Al-Musawa. Ayahnya bernama Fuad yang lahir di Palembang dan dibesarkan di Mekkah. Setelah lulus pendidikan journalist di New York University, Amerika Serikat, ayahnya kemudian bekerja sebagai seorang wartawan di harian 'Berita Yudha' yang lalu menjadi Berita buana.

Masa kecil almarhum dihabiskan di daerah Cipanas, Jawa barat bersama-sama saudara-saudaranya, Ramzi, Nabiel Al-Musawa, serta Lulu Musawa. Ayahnya meninggal dunia tahun 1996 dan dimakamkan di Cipanas, Jawa Barat.


*** Apakah itu jemaah Majlis Rasulullah.....??? 

No comments: