Monday, 23 September 2013

BRA MERAH MILIK ROZITA CHE WAN....???


Penyebaran sekeping gambar coli berwarna merah milik Rozita Che Wan di akaun Facebook AwekComel telah mengundang kritikan dan tomahan dari masyarakat. 


Lebih menarik, gambar tersebut turut disertakan dengan caption “Nak jual bra yang dipakai oleh pelakon Rozita Che Wan. Bau harum semerbak. Dikutip selepas penggambaran drama oleh pihak belakang tabir.”


Tindakan kurang matang itu dianggap sebagai cubaan pihak tertentu untuk mengagalkan perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin pada Disember ini. 

Paling menyedihkan, terdapat andaian mengatakan individu yang bertanggungjawab menyebarkan gambar tersebut ialah kawan rapat pelakon jelita itu sendiri.



TAPI MACAM BIASA..... empunya badan iaitu Rozita Che Wan telah menafikan baju dalam itu adalah miliknya. Huh! Giler kau nak mengaku....!!!!!!

Apa kata Rozita Che Wan :

Saya tidak rasa malu sebab baju dalam itu bukan saya punya (ketawa). Namun, sebab mereka menggunakan nama saya dan menarik orang untuk membaca apa yang ditulis, saya geram juga sebab nama Rozita Che Wan yang dijual. Kalau boleh tolonglah hentikan kerja-kerja yang tidak berfaedah ini.

Sebenarnya sampai sekarang saya tidak berhenti tergelak bila orang tanya tentang perkara itu. Bagi saya itu kerja orang gila dan tidak masuk akal. 

Selagi perkara seperti ini tidak menjejaskan periuk nasi dan imej, saya tidaklah mahu saman atau membawa isu ini ke pihak berkuasa.

No comments: