Sunday 8 September 2013

ADUN PASIR PANJANG TAJA 1200 PENDUDUK TONTON 'TANDA PUTERA' DI PAWAGAM SITIAWAN

LUMUT – Kira-kira 1,200 penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang daripada pelbagai kaum dan agama hari ini menonton filem ‘Tanda Putera’ di sebuah pawagam di sini, hasil inisiatif Pusat Khidmat Masyarakat Adun Pasir Panjang.


Beberapa penduduk yang ditemui selepas menonton filem itu menyifatkan ‘Tanda Putera’ berupaya memupuk semangat cintakan negara dan sekali gus menolak andaian filem itu bersifat perkauman.

G. Krishnan, 57, dari Kampung Serdang di sini berkata filem itu menceritakan mengenai sejarah negara sebaik sahaja mendapat kemerdekaan.


“Ia sangat bagus untuk memupuk semangat cintakan negara terutamanya dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama. Mereka yang belum menyaksikan filem itu khasnya di kalangan masyarakat India, digesa supaya menonton filem sejarah ini,” katanya.

Bagi Normah Ali, 61, dari Bandar Baru Seri Manjung, filem itu sesuai untuk tontonan golongan muda supaya mereka mengetahui pengorbanan pemimpin terdahulu dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Adun Pasir Panjang Rashidi Ibrahim berkata tidak sangka inisiatif itu mendapat sambutan menggalakkan.

“Kita hanya menyediakan 812 tempat duduk di keempat-empat dewan tayangan, bagaimanapun jumlah kehadiran melebihi anggaran kita dan saya ucapkan terima kasih kepada pihak pawagam yang membenarkan mereka masuk menonton filem tersebut,” katanya.  -MediaUMNO

No comments: