Thursday 12 September 2013

2 GENGSTER INDIA MATI DITEMBAK DI MELAKA.... TAHNIAH PDRM...!!!

image

N.Surendran dan Latheefa Koya pastinya sedang mencari-cari jalan bagaimana hendak mensensasikan isu ini dan kemudian menimbulkan persepsi bahawa polis ada TRIGGER HAPPY yang menjadikan India sebagai mangsanya. Dan yang pastinya, N.Surendran yang merupakan pemimpin PKR yang telah ditugaskan untuk mengembalikan semula sokongan India kepada parti tersebut, akan memutarbelitkan isu ini dan berusaha sedaya mungkin memberitahu bahawa kedua-dua penjenayah tersebut merupakan orang baik, tidak pernah terlibat dengan jenayah dan telah dianiayai oleh pihak polis.


image

Lebih kurang pukul 9:20 pagi tadi berhampiran persimpangan Lebuh SPA dan AMJ, satu kejadian tembak-menembak telah berlaku membabitkan pasukan polis dengan dua orang penjenayah yang menaiki kereta jenis Perodua MyVi berwarna perak dengan nombor pendaftaran PERODUA 2698.

Sewaktu kereta yang dinaiki oleh kedua-dua orang penjenayah tersebut ditahan, dan anggota polis memperkenalkan diri, kedua-dua penjenayah tersebut telah mengeluarkan pistol dan melepaskan tembakan.

Pasukan polis kemudiannya membalas tembakan menyebabkan kedua-dua penjenyah tersebut berjaya ditumpaskan.

Pemeriksaan awal mendapati salah seorang daripada mereka memegang kad pengenalan palsu dengan nama TARUMAN A/L SP PERUMAL. Kad pengenalan sebenar suspek mencatatkan namanya sebagai SELVAM A/L DEVADASAN yang turut dikenali sebagai Raja atau Cella dan beralamat di Taman Johor Jaya, Johor Bahru.

Semakan mendapati, penjenayah tersebut mempunyai 9 rekod jenayah lampau dengan salah satu daripadanya berstatus DIKEHENDAKI.

Manakala seorang lagi bernama SIVANESAN A/L KALAIARASU beralamat di Taman Thivy Jaya, Seremban, Negeri Sembilan dan mempunyai satu rekod jenayah lampau.


image

Polis turut menemui dua pucuk pistol di dalam kereta tersebut. Sepucuk ditemui di kaki salah seorang penjenayah dan sepucuk lagi ditemui di belakang badan seorang lagi penjenayah.

Kedua-dua penjenayah tersebut merupakan antara 6 orang suspek yang disyaki cuba merompak van security yang membawa wang. 4 yang lain bagaimanapunberjaya melarikan diri.


Sementara itu, seramai 8 orang lelaki yang dipercayai anggota kongsi gelap Geng 04 dan Geng 36 telah ditahan di Melaka sepanjang OPS Cantas Khas bermula pada 17 Ogos lalu. Mereka berusia antara 31 dan 43 tahun. Tujuh daripada mereka menyerah diri di IPK Melaka manakala seorang lagi menyerah di IPD Melaka Tengah pada hari Khamis, Jumaat dan Ahad lalu.

Kesemua mereka menyerah diri....... BACA SETERUSNYA.... KLIK DI SINI

No comments: