WALAUPUN belum pulih sepenuhnya, keadaan anak bongsu, Ahmad Dhani, Abdul Qodir Jaelani, 13, atau lebih dikenali sebagai Dul kini bertambah baik.
Menurut Dhani, anaknya itu juga boleh bergurau sebaik sahaja menerima kehadiran tetamu."Dul sangat gembira menerima lawatan dari Ustaz Ahmad Al-Habsyi yang sangat rapat dengan kami sekeluarga."Malah mereka sempat berbual dan bergurau mesra," kata sumber.
Sebelum pulang, Dhani berkata, ustaz tersebut turut memberi kata-kata nasihat serta semangat agar Dul sabar menerima musibah itu.
Dul mengalami kecederaan parah selepas terlibat dengan kemalangan bersama sebuah kenderaan MPV dan van mini. Dia yang pada ketika itu sedang dalam perjalanan balik ke Jakarta bersama seorang lagi rakannya telah menyebabkan lima orang mangsa yang terlibat mati dan 11 lagi cedera.
Dul sebelum itu dikatakan telah pergi menghantar kekasihnya pulang ke rumah di Bogor, Jawa Barat.Kemungkinan besar, anggota kumpulan Lucky Laki ini akan didakwa kerana memandu di bawah umur....
ANAK-ANAK DHANI MILIKI KERETA SENDIRI - BMW, JAGUAR & LANCER
"Anak-anak saya mempunyai kenderaan masing-masing untuk setiap seorang. Al saya berikan BMW, El pula kereta Jaguar, manakala kereta Dul, Lancer pula sebelumnya adalah milik Al," katanya ketika memberikab keterangan kepada pihak polis di Balai Polis, Metro Jaya, Pancoran, Jakarta Selatan.
SEMENTARA ITU...... di JAKARTA, 12 SEPT 2013: Komposer, pemuzik dan penyanyi Ahmad Dhanibarangkali boleh disifatkan sebagai bapa idaman bagi sebilangan anak-anak. Sebabnya, dia sanggup memanjakan anak-anaknya dengan menghadiahkan setiap seorang daripada mereka sebuah kenderaan untuk memudahkan mereka menjalankan akviti harian mereka.
"Anak-anak saya mempunyai kenderaan masing-masing untuk setiap seorang. Al saya berikan BMW, El pula kereta Jaguar, manakala kereta Dul, Lancer pula sebelumnya adalah milik Al," katanya ketika memberikab keterangan kepada pihak polis di Balai Polis, Metro Jaya, Pancoran, Jakarta Selatan.
Pun begitu, Ahmad Dhani mengaku dia tidak pernah membenarkan ketiga-tiga anaknya itu memandu sendiri kenderaan mereka. Atas sebab itu, dia turut menyediakan pemandu untuk setiap kenderaan mereka.
"Pemandu Dul namanya, Kirman, yang menadu kereta Al adalah Muji, manakala pemandu El adalah Randi," katanya.
Ahmda Dhani juga akui terkejut apabila mendapat tahu bahawa Dul telah membawa kenderaannya sendiri sehingga menyebabkan berlakunya insiden nahas di Tol Jagorawi KM 8 pada awal pagi, Sabtu lalu.
Kenderaan yang dipandu Dul itu terbabas masuk ke jalan raya yang bertentangan serta turut menghentam kenderaan-kenderaan yang lain. Akibat daripada nahas itu, 6 orang telah menjadi mangsa korban, manakala 9 lagi mengalami kecederaan.
Manakala, Dul dan rakannya, Noval yang turut berada di dalam kenderaan tersebut turut dikejarkan di hospital akibat pendarahan. Dul sendiri telah menerima pembedahan sebanyak 3 kali akibat pendarah di usus perutnya. sumber
*** Baru berusia 13 tahun....sudah punya teman wanita....sudah punya kereta sndiri..... Tak hairanlah boleh drive walau xde lesen memandu....
No comments:
Post a Comment