Friday 9 August 2013

LELAKI INDIA MAUT DITEMBAK KETIKA BERHENTI DI LAMPU ISYARAT


Nama mangsa: Veerappan a/l Kanapathi
Kpt: 760519-07-5781
Alt: Bloo 8G-01-07, Tanjung Court, Lebuh Raya Thean Teik, Bandar Baru Ayer Itam, P. Pinang.
Rekod kesalahan;
1) Sek. 39A (2) ABD Tahun 1997
2)  Sek. 39B ADB 1997
3) Sek. 39A (2) ADB 1998 

GEORGE TOWN : Seorang lelaki ditembak mati ala geng mafia selepas berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Anson di sini.

Dia ditembak mati dari jarak dekat pada kira-kira pukul 11.50 pagi Khamis

Menurut Ketua Polis Daerah George Town Asisten Komisioner Gan Kong Meng, si mati berketurunan India, berusia 37 tahun dan tinggal di Air Itam, Pulau Pinang.



Lelaki itu mempunyai tiga rekod jenayah lampau melibatkan kes narkotik.

Ketika kejadian mangsa sedang memandu kereta mewah BMW dengan nombor pendaftaran KUala Lumpur, walaupun kereta tersebut dikhabarkan dipinjam daripada seorang rakan.

Difahamkan penembak melepaskan lebih daripada 15 das tembakan kerana berbilang kelongsong peluru ditemui di tempat kejadian.

Gan mengesahkan mangsa ditembak sebanyak 14 kali dan kebanyakannya di kepala.

Ahli patologi Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Bhupinder Singh turut berada di tempat kejadian.

mStar 8/8/13

No comments: