Thursday, 29 August 2013

KETUA PEMUDA PERKASA DESAK PM LETAK JAWATAN....!!!

NEGARA

PETALING JAYA – Ketua Pemuda Perkasa, Irwan Fahmi Ideris mengejutkan negara apabila mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan.

Menurut beliau, Najib masih lagi menggunakan kaedah lama yang mana masih meminggirkan kaum pribumi di negara ini dan mengagong agongkan kaum lain.
“Peruntukan untuk sekolah jenis kebangsaan mendapat peruntukan jutaan ringgit, peruntukan sekolah-sekolah ini diberi dengan banyak sekali jika berbandingkan dengan sekolah pondok,” tulis beliau dalam blog peribadinya www.irwanfahmi.blogspot.com pada 25 Ogos lalu.
Sehubungan dengan itu, Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar akan memanggil Irwan untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
Perkasa yang selama ini dianggap menyokong kerajaan mengambil sikap berkecuali pada pilihanraya umum lalu. Malah dalam pertemuan ahli majlis tertinggi Perkasa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perkasa melahirkan banyak kekecewaan dengan dasar Najib yang merugikan orang Melayu. – FMT

No comments: